operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Posts from — November 2009

Truely Pisau Cukur..!

Mungkin ramai dah pergi menonton filem panas melayu 2009 ni kot..Aku berpeluang untuk p panggung wayang hari ni untuk menonton pisau cukur dengan berteman kat sebelah…

Diluar jangkaan aku juga la filem ni, aku ingat biasa biasa ja. Pada aku ada gak sedikit syok la dalam filem melayu yang maccam ni…tidak terlalu realiti dan tidak terlalu fantasi, masih diatas bumi yang nyata la pendek katanya.

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009.

Sinopsis dan sedikit trailer dan filem pisau cukur..Bagi yang bercadang nak p menonton di silakan sebab ada gak moral of story untuk dihayati dalam alam nyata kehidupan kita ni…Amik yang baik dan berguna dah la….

Share/Save/Bookmark

November 6, 2009   No Comments

Defisit PTPTN boleh cecah RM48b pada 2020!

Masalah para peminjam liat membayar hutang akan menyebabkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diheret dalam kancah kewangan dengan anggaran jumlah pinjaman tidak berbayar mencecah RM48 bilion pada 2020.

Pada masa ini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 780,000 pelajar dengan jumlah yang sepatutnya dibayar balik sebanyak RM3.26 bilion.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.54 bilion hutang belum dibayar manakala bakinya diberi penangguhan bayaran balik.

“Kesemua hutang itu perlu dibayar balik, PTPTN tidak akan menghapus kira wang RM3.26 bilion tersebut kerana dana itu diperlukan untuk membiayai pinjaman penuntut baru.

“PTPTN bukan beri biasiswa, lagipun banyak biasiswa yang telah ditaja kerajaan sendiri selain pihak swasta,

Share/Save/Bookmark

November 4, 2009   No Comments