operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Posts from — January 2010

Ada Apa Dengan Gambar dan Blogger

Blogger kadang kala adalah mereka yang berminat dengan dunia fotografi dan gambar gambar. Bukan semua blogger ada minat dengan fotografi sebab blogging dan fotografi adalah dua dunia yang berbeza.

Apa yang aku nak bincangkan dalam artikel ini ialah gambar yang ditangkap sendiri atau yang didownload oleh blogger boleh membawa polis trafik secara percuma dan kualitin ke blog atau wesite kita.

Gambar adalah tool yang baik untuk mendapatkan trafik bagi blog atau website. Website atau blog yang mempunyai gambar adalah lebih menarik berbanding blog atau website yang langsung tiada gambar.

Orang akan lebih mudah tertarik dan melekat dengan gambar dan grafik yang menarik dalam sesuatu blog atau website.

Tidak dinafikan juga sebab bukan semua blogger adalah jurukamera ataupun mempunyai kamera untuk menangkap gambar. Kalau kita tiada minat atau bakat dalam bidang fotogarifi, bolehlah download ja untuk mendapatkan gambar gambar tersebut.

Gambar gambar yang ditangkap bolehlah di masukkan dalam fotobucket,flickers dan banyak lagi tempat simpan gambar secara online. Kita juga boleh memilih untuk masukkan ketempat berbayar ataupun percuma. Disinilah kita boleh membawa trafik ke blog atau website kita, hasil dari gambar yang kita up loadkan.

Dengan gambar yang menarik, manalah tahu kalau kalau kita dapat menjual gambar gambar yang kita tangkap. Bukan kata trafik, duit pun boleh kita dapat dengan gambar gambar yang kita tangkap tu sekiranya ada yang berminat dengan gambar gambar tadi.

P/S:Sekiranya kita download gambar kepunyaan orang lain pastikan kita tidak salah di sisi undang undang.

Share/Save/Bookmark

January 9, 2010   No Comments

5 Sebab Kenapa Gagal Ada Blog Yang Boleh Jana Income

Aku baru baru ni kena soal siasat oleh kawan kawan aku yang nak sangat tahu aku tengah buat apa dengan internet sampai kadang kadang macam tak jadi orang.

Aku tanya depa pasai apa tak jadi orang plak. Jawapan depa ialah aku dok keja mengadap ngan PC aku ja. Tak mau kawan ngan orang lansung. Depa kata aku ni SOSIALIS ANTI SOCIAL. Depa tak tahu yang aku tengah bersosial dengan mat mat saleh dan minah minah saleh dalam internet tu sebenarnya.

Lepas tu mula depa tahu yang aku tengah sibuk tulis artikel dan mencari info info untuk niche blog aku. Mulalah depa kata aku pun ada blog juga tapi tak penah pun dapat duit dari blog.

Aku tak mahu buat personal coaching kat sini cuma aku nak higlightkan yang pada kau ada lima sebab kenapa bila ada blog tapi masih gagal dapat income walaupun RM satu pertama.

Tak dinafikan member member aku ni pun ada blog sendiri juga tapi dalam kehendak sendiri sahajalah. Madsud aku bukan ada saluran astro blog berbayar ataupun dot com sendiri. Itu sebab PERTAMA yang boleh diambil kira.

Sebab KEDUA ialah minat. Mungkin minat kita semua tak sama diantara satu sama lain. Bukan semua ornag suka sangat dok mengadap depan PC macam nak tekeluaq biji mata. Jadi kalau ada MINAT + KESUNGGUHAN = KEJAYAAN. Lambat atau cepat kejayaan tu kena sabar sabar dulu ja bang..

Duit kadang kadang menjadi ancaman besar juga dalam menetukan kejayaan blogging ini. Kadang kadang bila kita terlalau menanti duit masuk tu sakit juga. Mana tak sakitnya dok mengharap duit sahaja tapi duit tak uga masuk masuk, maka angkat kaki dan lambung sahaja dari industri blogging ni. Duit lambat atau tak masuk langsuung jugalah penyebab KETIGA orang akan mula serender.

Bahasa melambangkan bangsa, kalau kita tulis blog dalam english tak ada salahnya. Makan belacan juga kita, tak ada jadi orang putihnya kita. Kita nak amik duit orang putih sikit balik ja, depa amik duit tanah tercinta kita ni pun banyak  sangat dah.Sebab KEEMPAT kita  kena blogging dalam english lah  buat kita terbantut. Kalau kena gaya dan cara insyaallah tidak ada masalah.

Sebab KELIMA pada pandangan aku ialah kita tidak BERTINDAK walaupun kita boleh cari jalan untuk jana duit dari blogging dan sebagainya dari internet. Sekiranya kita bertindak dan sabar dalam usaha kita aku yakin pasti akan ada kejayaan suatu masa nanti.

Ada banyak lagi sebab dan musabab  yang sama sama kita kena cari dan selesaikan. Sama sama kita pikiaq no…..

Share/Save/Bookmark

January 3, 2010   1 Comment

Niche Blog Dah Dapat PR Suatu Permulaan Baik 2010

Awal tahun 2010 ni adalah berita yg agak menggembirakan aku, sebab beberapa blog aku dalam arena blogging “niche blog” telah mendapat duit PR. Kira usaha dalam niche blog ni dah ada sedikit petunjuk yang baik.

Goolge telah update PR pada hujung bulan December yang lalu. Mungkin ada diantara blog anda juga telah mendapat PR pada blog masing masing.

Tahniah dan selamat maju jaya pada anda yang telah memperolehi PR dari Uncle Goolgle.

Bagi yang berkecimpung dalam niche blogging  kena la usahakan bagi mendapatkan PR yang baik sebab kita akan semakin boleh pergi lebih jauh setelah niche blog kita mendapat PR.

Bila dah dapat PR untuk niche blog, maka aku harus lebih FOKUS dalam menjana pendapatan dari blogging. Thanks Uncle G…

Share/Save/Bookmark

January 2, 2010   No Comments