operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Posts from — February 2010

Blogging Tiket Ke Antarabangsa!

Bukan semua dari kita yang mahu dan berminat untuk blogging. Kalau mahu pun macam macam alasan yang kita bagi. Aku masa mula mula belajar blogging dan selepas berbulan bulan barulah aku dapat rasa yang blogging ni ada feel dia yang tersendiri.

Mula mula blogging aku cuma terfikir yang aku berblogging untuk orang malaysia sahaja. So identiti malaysia tu masih banyak la pada blog aku. Ini terutamanya pengunaan bahasa MALAYSIA. Termasuklah beberapa blog lain yang pernah aku usahakan…

Bila aku mula faham blogging adalah tiket ke antarabangsa jadi BAHASA MALAYSIA bukan lagi bahasa pengantar blog. Bahasa utama dalam blog adalah bahasa ENGLISH. Dengan bahasa ENGLISH baru kita boleh  mendapt tiket untuk ke peringkat antarabangsa.

Maklum sahajalah kita ni, sedar sedar dah makan belacan so nak mengusahakan blog bahasa asing pulak lagilah masalah. Sebenarnya kalau kita usaha dan cari jalan penyelesaian untuk daptkan tiket blogging ke antarabangsa ni bukannya susah sangat.

Dengan blogging terutamanya dalam bahasa english perlulah ada minat, kesabaran dan konsisten yang tinggi dalam berblogging. Tanpa ada minat, kesabaran dan konsisten kita akan terus tinggalkan blogging macam tu sahaja.

Jadi untuk dapatkan tiket blogging ke antarabangsa kita perlulah belajar, sabar dan yang penting mencuba untuk blogging dalam bahasa english.

Share/Save/Bookmark

February 22, 2010   2 Comments