operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Posts from — March 2010

Beberapa Cara Yang Efektif Untuk Membina Link

Aku sangat tertarik dengan apa yang dijawab oleh Matt Cutts dalam video pendek ini. Didalam video ini Matt Cutts telah menjawab soalan seseorang yang bertanya pada beliau tentang cara yang efektif untuk membina link pada blog atau website.

Link building adalah sangat penting dalam blogging selain dari mempunyai “content” yang original. Glamor atau tidak sesuatu blog itu dapat diukur dengan backlink yang diterima oleh sesuatu blog itu.

Okay selamat menonton….

Share/Save/Bookmark

March 22, 2010   5 Comments

“Full Time” Blogger Sebagai Suatu Kerjaya

Menjana pendapatan dari internet kebanyakan orang menyangka ianya hanyalah sekadar kerjaya “part time” sahaja. Malahan ianya tidakpun dianggap sebagai kerjaya pun pada sesetengah orang.

Sedangkan menjana pendapatan dari internet sangat banyak cabang dan peluang, antaranya memilih blogging sebagai cabang menjana pendapatan. Berblogging dan memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah suatu kerjaya sebenarnya.

Masih ramai diantara kita tidak berani untuk membuat keputusan keluar dari kepompong dibelenggu dengan arahan orang atasan atau masih gemar untuk bekerja dengan orang lain. Jadi tepuk dada tanyalah kehendak masing masing. Hanya kita sahaja yang tahu dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita mahu sebenarnya.

Tidak ada salahnya memilih kerjaya sebagai blogger andai kata ianya adalah blogger sepenuh masa dan boleh menghasilkan pendapatan empat atau lima angka sebulan. Sekiranya pendapatan blogging lebih besar dari pendapatan kerja kita sekarang bolehlah kita pertimbangkan untuk menjadi blogger sepenuh masa.

Kalau kena gayanya kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sanagat lumanyan. Blogger sepenuh masa sangat bebas dengan rutinya sendiri. Bekerja pula hanyalah dari rumah. Masalah jalan sesak, kena marah dengan bos, dan segala masalah politik tempat kerja boleh dilupakan.

Masa untuk keluarga dan masa untuk melakukan aktiviti kesukaan kita dapatlah dibuat dan diberikan dengan sepenuhnya. Yang bestnya dapat tengok anak anak membesar depan mata sambil mencari nafkah untuk seisi keluarga dari rumah.

Impian aku untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa juga sedang aku usahakan. Ianya tidak pernah padam sebab kita dapat mengusai sepenuhnya jadual tugasan kita. Cabaran dan rintangan tetap ada sekiranya menjadi blogger sepenuh masa tetapi andai kata cabaran dan rintanagn ini diambil dengan sabar dan motivasi yang tinggi ianya pasti tidak menjadi masalah. Janganlah sesekali kita melihat masalah sebagai masalah kerana setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka yang telah menjadi blogger sepenuh masa.

Share/Save/Bookmark

March 18, 2010   4 Comments

Buat Apa Sahaja Dengan Blog Kita

Mempunyai blog sendiri adalah suatu yang seronok sebenarnya. Ini terutama bagi mereka yang sangat suka menulis dan meluahkan buah fikiran kedalam blognya sendiri.

Membaca blog blogger blogger lain juga adalah suatu yang menyeronokkan juga. Sebab itulah ada sestengah blog yang seolah olah seperti sebauh forum jadinya. Ini terjadi kerana blog blogger tersebut padat dengan informasi dan input input berguna. Tak kisah lah cerita kita itu berunsur peribadi atau pun tidak.

Menulis dan membaca blog orang lain ada suatu hobi yang dapat menjadikan kita semakin banyak pengalaman walaupun pengalaman itu kita kutip dari blog orng lain sebenarnya. Buat apa kita nak lalui pengalaman susah payah itu lebih baik kita baca dan jadikan sempadan untuk kita inplemenkan kedalam blog kita sahaja.

Bagi mereka yang ada blog sendiri bolehlah tulis apa sahaja yang kita suka asalkan penulisan kita tidak menyalahi undang undang dan tatasusila kemanusian sudah la. Kalau ada dendam sekalipun simpan dan lebih baik lagi tu buang jauh jauh, jangan kita lepaskan dalam blog kita.

Orang akan nilai seseorang blogger itu dari penulisan  blogger itu. Apa yang kita fikir sebenarnya boleh diintepretasikan dalam penulisan kita sebenarnya. Penulisan adalah gambaran sebenar keperibadian sebenar blogger itu. Sebab utama untuk menggambarkan keperibadian blogger itu ialah IKHLAS dalam penulisannya.

Mungkin anda mempunyai pesepsi yang berbeza dalm mentejemahkan setiap penulisan itu. Terpulanglah kepada anda untuk menterjemah atau menilai sejauh mana keiklhlasan blogger blogger itu.

Kadang kadang kita ada rasa malu untuk meluahkan kedalam blog kita. Kenapa mesti kita malu, sedangkan blog kita itu kitalah yang membeli domainnya. Tulis sahaja apa yang kita rasa boleh dikongsikan dengan orang yang tidak penah kita kenal pun. Denagn penulisan jugalah kita akan menjadi kenal dengan pembaca setia blog kita.

Ingatlah wahai saudara saudaraku sekalian, walaupun blog kita buruk dan penulisannya lebih kurang sahaja pasti akan ada orang yang akan menjadi pembaca setia blog kita nanti. Akan ada dalam diam diam tu peminat kita sebenarnya.

Sekiranya kita dah ada blog dan membuat posting maka tidaklah rugi kit amembayar yuran tahun domain kita kalau kita tulis dan buat posting.

Jadi tulis sahajalah apa yang kita nak selagi kita tuan punya blog yang hakiki…….

Share/Save/Bookmark

March 13, 2010   2 Comments

Operatorblog dot net Bertukar Wajah

Semalam adalah hari yang seronok juga buat aku sebab aku dah berjaya menukarkan wajah operatorblog dot net. Kebanyakkan niche blog aku, aku buat header sendiri. Jadi aku cubalah untuk blog operatorblog dot net aku ni.

Aku seorang yang sukakan warna putih jadi aku masih mengekalkan elemen putih didalm template aku  yang baru ni.

Untuk header kat atas adalah hasil kerja aku sendiri. Hasilnya  membuatkan aku suka sangat, aku harap pengunjung operatorblog dot net juga suka akan template baru ni.

Itu belum aku gunakan apa yang terkandung didalam ebook reezluv berkenaan dengan design untuk header dan macam macam design lain lagi.

Jika anda ada sebrang komen atau cadangan silalah untuk menurunkan cadangan anda.

Share/Save/Bookmark

March 12, 2010   2 Comments

Pernahkah Anda Tahu Tentang SlideShare

Mungkin ramai diaantara kita yang sudah tahu  tentang slidesahre dot net. Slidesahre dot net adalah sebuah laman web yang boleh digunakan untuk membuat presentation bagi memamasarkan blog kita.

Yang menariknya tentang slideshare, ianya boleh dityangkan dalam bentuk slide show dan pdf. Apa yang boleh dibuat dengan  slideshare juga ialah ianya boleh di embbed kan kedalam blog posting kita.

Slideshare lebih kurang dengan youtube juga cuma youtube boleh menonton audio video sekali. Slideshare adalah tool untuk marketing yang berkesan untuk memarketkan blog kita untuk mendapatkan trafik percuma.

Share/Save/Bookmark

March 12, 2010   2 Comments