operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Posts from — June 2010

Pengganas Israel Serang Bantuan Kemanusiaan Ke Palastin

Aku secara peribadi mengutuk keras apa yang telah dilakukan oleh pengganas yahudi keatas kapal bantuan kemanusia ke Palastin. Perbuatan yang dilakukan yahudi adalah perbuatan keji dan hina sekali terutamanya terhadap rakyat palastin.

Dalam kejadia itu kebiadaban komando israil menunjukkan bahawa israil adalah pengganas. Israil perlu bertanggungjawab keatas semua yang berlaku bukan hanya yang berlaku terhadap kapal Turki Mari Marmara, malahan israil perlu bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku di semenanjung Gaza sepenuhnya.

Perbuatan rejim yahudi @ zionist @satanist ini amatlah kejam sehinggakan kapala yang hanya membawa bekalan makanan dan ubatan pun diserang dan membunuh hampir 20 aktivis dalam kapal tersebut.

Kapal Rechie Corrie adalah antara rombongan kapal yang membawa wartawan dan aktivis malaysia untuk bantuan kemanusiaan ini. Kapal yang dinaiki wartawan dan aktivis Malaysia tidak diserang dalam kejadian itu. Namum sehingga kini seramai 12 orang aktivis dan wartawan malaysia masih ditahan oleh rejim pengganas di haifa.

Tahniah kepada kapal MV Rachel Corie kerana masih bersemangat untuk meneruskan misi bantuan kemanusia ini. Takziah juga diucapkan pada mereka yang gugur dalam misi ini. Aku berbangga dengan mereka yang gugur kerana nyawa dipertaruhkan demi untuk saudara saudara kita di Palastin.

Kini dunia haruskah masih perlu berdiam diri dalam mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palastin. Sebagai individu apakah kita terpanggil untuk menyatakan kebencian kita terhadap rejim zionist@satanist ini.? Tunjukkanlah tanda protes kita terhadap rejim yahudi laknatullah.

Kebiadaban israil dalam kapal yang hanya menbawa bekalan ubatan dan keperluan asas lain.

Share/Save/Bookmark

June 1, 2010   3 Comments

Isi Blog Berkualiti Dan Update Blog Setiap Hari tidak Cukup

Content atau isi blog yang berkualiti merupakan kewajipan untuk mendapatkan pengunjung yang ramai blog. Blog yang diupdate setiap hari merupakan strategi supaya pengunjung blog kita kembali untuk membaca blog dan seterusnya menjadi satu komuniti untuk blog tersebut.

Semua blogger blogger besar menyatakan bahawa “content is KING“. Bila CONTENT + UPDATE setiap hari maka ianya merupakan RESEPI terbaik untuk menghidupkan blog. Semua blogger melakukan perkara ini dengan harapan pengunjung ramai yang datang ke blog mereka.

Aku sangat yakin dengan RESEPI ini dalam mendapatkan pengunjung ke blog. Namun dengan hanya melakukan update dan content sahaja tidaklah memadai. Aku sendiri pun melakukan benda yang  sama juga, hanya membuat artikel untuk mengupdate blog dan mengharapkan pengunjung datang ke blog dengan sendirinya.

Hakikat ini akhirnya aku sedari bahawa sebagus mana pun kita menulis namun pengunjung blog masih di tahap yang lansung tidak memberangsangkan. Blog kita hanya akan tenggelam dalam jutaan blog yang tertaburan dalam internet(blogsphere) macam tu sahaja. Ianya adalah seolah olah sia sia sahaja perbuatan kita bukan?

Menyedari akan hakikat ini RESEPI dasar perlulah ditambah dengan MEMPROMOSIKAN blog dengan sebaik mungkin adalah  jalan terbaik untuk mendaptkan pengunjung demi pengunjung ke blog kita.

Bila CONTENT + UPDATE + PROMOSI BLOG maka barulah blog kita tidak akan tengelam dalam jutaan blog lainnya, InsyaAllah.Jadi sudahkah kita mempromosikan blog kita dengan sebaiknya?

Share/Save/Bookmark

June 1, 2010   2 Comments