operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

SEO (search engine optimization) tidak seringkas SEO

operatorblog.net seo

operatorblog.net seo

SEO madsud penuhnya ialah search engine optimization.Sebelum memulakan sebarang aktiviti berkaitan dengan blogging dan website semestinya kita tahu serba sedikit berkenaan dengan seo(search engine optimization).Ini kerana bukan semudah dan seringkas SEO sahaja tapi memberikan kepentingan yang sangat besar maknanya.

SEO  membolehkan website itu dibaca dan muncul didalam enjin carian dengan baik .Google, Yahoo, MSN , ASK dan beberapa enjin carian lain adalah beberapa contoh enjin carian yang popular.Ianya akan membuatkan ia muncul di carian teratas,diindex dalam enjin carian adalah berdasarkan isi kandungan dan fokus didalam sesuatu website itu.Semuanya dilakukan oleh SEO bagi menentukan samaada berada diposisi teratas enjin carian dan mesranya sesuatu enjin terhadap website tersebut.Secara teknikalnya SEO adalah memerlukan kreativiti sesorang dalam menrencanakannya.

Kebolehan sesorang induvidu mengusai SEO akan membuatkan sesebuah blog atau website itu  lebih mesra kepada enjin carian.”seo optimizer” lebih sesuai kepada mereka mereka yang pandai dan sangat mengusai seo.Kalau kita agak agak tak boleh nak bagi blog kita lebih mesra enjin carian, kita upah ja seo optimizer.Ini kerana seo optimizer penting dalam aspek teknikal,dapatkan nasihat,nak review content,intallation script dan segala aspek pengurusan dalam menjayakan promosi sesuatu blog atau website itu.Barulah marketing  sesuatu perniagaan online itu dapat ditingkatkan.Jadi pada mereka mereka yang nak membina blog atau website baru kenalah belajar dan praktikkan seo macam seorang seo optimizer.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Memang sakit bila sakit gigi

sakit gigi

sakit gigi

Dah tiga hari dah aku rasa semacam ja kat gigi aku ni.Aku dah dapat agak dah akan diagnosis kat gigi ni.Tapi saja layan sakit tu dan memang tak boleh tahan dengan penangannya.

Hari ini aku telah selamat  berjumpa dengan dentist kat klinik gigi dekat dengan tempat aku.Nanti hari khamis aku sekali lagi akan berdating dengan dentist tu sambil mulut aku tenganga la jawabnya.Mesti sakit kan masa procidure skalling dijalankan.Sabar dan tenang ja la menanti masa nak sua mulut kat dia tu….

Tak syak lagi aku didiagnos sebagai gigivitis.Ia berlaku akibat banyak sangat plak kat gigi.Bukannya tak jaga tapi mungkin aku banyak hisap rokok sangat kot.Lelaki moden la katakan….Lepas tu air kosong pulak kurang minum,mananya tak mudah dapat jangkitan kat gigi dan gusi aku.

Bagi mereka mereka yang ada gigi yang cantik dan berseri seri tu jaga la oral hygiene tu dengan baik.Kalau tak jaga semua keja terganggu disebabkan sakit gigi.Tuhan ja yang tahu sakitnya.Kalau dok sorang sorang mesti teriak la jawabnya.Kurangkan hisap rokok, berhenti terus lagi bagus.Banyakkan minum air dan jaga pemakanan dengan memakan makanan seimbang.

Pesanan dari penaja, gigi cantik senyuman menawan………

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Domain blog anda adalah aset dan pelaburan berharga anda

operatorblog.net adalah aset

operatorblog.net adalah aset

Memiliki nama domian yang unik dan menarik adalah menjadi idaman setiap orang pada mula mula nak terjun ke dunia blogging dan pernigaan internet.Ada yang amik masa berhari hari berfikir untuk mendapatkan nama domain yang terbaik dan unik.

Dalam pemilihan nama domain perkara utama yang perlu diambil kira ialah ianya merupakan aset yang memberikan nilai untuk jangka masa panjang dan memberikan nilai sentimental kepada pemiliknya.Aku juga mengambil pendekatan itu bagi tujuan tersebut.Ada yang lebih gemar menggunakan nama mereka sendiri dalam membina jenama pada blog mereka.Nama domain operatorblog.net digunakan setelah memikirkan untuk menggunakan nama aku sendiri ianya telah diambil orang akibat dari tindakan yang lambat so tidak dapatlah membelinya.Jadi pada mereka yang mempunyai nama domain yang unik dan menarik cepat cepatlah bertindak, jangan sampai ianya diambil oleh orang lain.

Walaupun ianya adalah aset kepada kita namun ada juga yang masih takut untuk membuat pelaburan untuk memiliki nama domain yang unik dan menarik.Yuran yang dikenakan untuk sesuatu nama domain hanyalah untuk tahunan sahaja.Memiliki nama domain adalah suatu pelaburan yang tidak rugi untuk jangka masa panjang.Anda boleh memilih untuk meletakkan dot com, dot net, dot org, dot info,dot biz,dot ws dan dot yang lebih kurang dengannya.Tidak mustahil nanti suatu masa sekiranya kita memikirkan untuk menjualnya ianya mampu dijual dalam kadar harga yang berbaloi kelak.

Kewujudan nama domain akan membenarkan pengguna internet lain masuk ke blog anda dan mengetahui apa yang sedang anda jalankan.Ianya akan menggambarkan keseluruhan aktiviti anda samada anda seorang usahawan internet,blogger,ahli politik dan segala macam yang sama waktu dengannya.Jadi pelawat kita tak tersesat semasa ingin membuat lawatan sambil belajar ke laman blog atau web kita.

selamat memiliki nama domain yang unik dan menarik

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Blogging Adalah Perniagaan

blogging adalah perniagaan

blogging adalah perniagaan

Blogging adalah perniagaan.Macam pelik saja bunyi,tetapi itulah kenyataan yang setiap blogger perlu faham dan praktikan.Ia adalah salah satu model pernigaaan.Dengan blog kita bukan hanya sekadar suka suka ataupun sekadar mencari hiburan sahaja.Blog adalah medium terbaik dalam membina rangkaian pernigaan kerana ianya lebih dipercayai dalam membina pengaruh dan hubungan.Hubungan adalah kunci kejayaan dalam sesuatu perniagaan,ini kerana tanpa ada hubungan yang baik dengan jaringan lain maka tidak terjadilah sesuatu pernigaan.

Dengan blog kita bukan sekadar menjadi penulis (blogger) tetapi ia adalah tentang rangkaian pernigaan,online asset,modal kepada pernigaaan dan kemampuan jangka panjang dalam membina perniagaan.Pada pandangan aku sekiranya kita sekadar menulis untuk keseronokkan tanpa mengambil peluang menjadikan blogging sebagai pernigaaan ia adalah sangat merugikan.Kita adalah penentu samada untuk bertindak sebagai pro blogger atau sekadar penghibur dalam arena industri blogging dan pernigaan internet.Jadi bersediakah kita untuk bertindak kearah pro blogger…?

Untuk menjadi pro blogger kita bukan sekadar menulis akan tetapi ianya adalah bagaimana kita mampu untuk menjadikan dan menguruskan blog sebagai sebagai perniagaan.Bila cakap pernigaan mestilah ia akan memberikan pulangan setimpal dengan usaha, tenaga , duit (modal) dalam memberikan pulangan tersebut.Pemahaman tentang blogging adalah perniagaan dan memberikan pulangan mungkin sesetengah berpendapat tidak perlu meletakkan  duit sebagai keutamaan.Masing masing ada kehendak masing masing so pada aku tak ada salahnya kita meletakkan duit sebagai imbuhan dan pemangkin untuk kita berkerja dan berbusiness.

Sekiranya kita gagal untuk memprolehi pendapatan bagaiman..?Mungkin ada yang mempersoalkan tentang persoalan blogging semata mata untuk duit tanpa meletakan minat sebgai keutamaan..Jawapan aku ialah sikap kitalah yang menentukan samada kita mampu menghasilkan pendapatan ataupun tidak..Jangan sesekali kita putus asa dan malas mengali ilmu untuk mengasilkan pendapatan.Buatlah sedikit pelaburan untuk mendapatkan ilmu tantang sebarang benda yang kita minat.Pelaburan itu tidak kiralah duit , tenaga dan masa kita,yang penting kita dapatkan ilmu bagi menjadikan apa yang kita tengah buat lebih seronok dan bermakna.Dalam kata lain kita adalah pengurus dan penentu samada kita berkerja untuk menghasilkan pendapatan ataupun tidak.Untuk mendapatkan pendapatan tersebut perlulah kita menguruskan blog kita sebagai perniagaan dengan mind set yang betul sebagai ahli pernigaan.

Gigih

Gigih

Tidak dinafikan terdapat ramai blogger kita yang mampu menghasilkan pendapatan mencecah ribuan ringgit setiap bulan.Cara mereka berblog adalah  dengan menjadikannya sebagai perniagaan.Tidak hairanlah blogger seperti bro rohaizad mampu untuk melakukanya sebagai kerjaya walaupun dekat negara kita blogger tidak dilihat sebagai kerjaya.Pendapatan yang dihasilkan juga agak kosisten walaupun hanya beberapa jam sahaja mereka bekerja.Apa yang blogger blogger besar adaptasikan dalam menjadikan blogging sebagai perniagaan  ialah berkerja secara “smart” dan konsisten serta mempunya sikap dan cara fikiryang betul.Tidak ada mustahilnya, bila kita dapat mempraktikkan dan memberikan persepsi yang betul terhadap blogging adalah perniagaan maka setiap dari kita juga akan mampu menjana pendapatan besar juga seatu hari nanti.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Affiliate

affiliate percentage

affiliate percentage

Program affiliate pada  adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.

Kebiasaannya, untuk menjadi agen pemasaran (affiliate marketer) menerusi program affiliate yang ditawarkan adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, terdapat juga program affiliate tertutup yang mana hanya pembeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan sahaja dapat mempromosikannya melainkan anda dapat meyakinkan pengusaha bahawa anda berkemampuan untuk melakukan pemasaran terhadap produk mereka. Antara perkara yang dapat meyakinkan pengusaha adalah dengan memberi bukti bahawa anda memiliki sejumlah senarai prospek yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan pengusaha tersebut.

Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan. Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% – 70%.

Produk fizikal kebiasaannya mempunyai peratus komisyen yang lebih rendah iaitu antara 5% – 30%. Ini adalah berikutan kos bagi produk fizikal adalah besar jika dibandingkan dengan kos produk digital.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Kedatangan Gelombang kedua H1N1

Oktober dah dekat,jadi ka jangkaan akan kedatangan gelombang kedua H1N1.Sampai hari ini pun masih ramai kematian telah dilaporkan.Hampir seratus kalau dibundarkan.Dah la penyakit ini mudah  berjangkit so semua kita berisiko untuk dijangkiti sekiranya gelombang kedua ini betul betul berlaku.

Apa yang penting sebelum penyakit H1N1 dengan gelombang yang kedua mai kita seharusnya bersedia dengan pemahaman mengenai penyakit ini terlebih dahulu.Cari la input input berkenaan penyakit H1N1 kat dalam web KKM yang paling mudah sekali.Lagipun input kat dalam web KKM telah disediakan oleh mereka yang pakar berkenaan penyakit tersebut.

Apa yang kita kena buat ialah lebih perihatin dengan masalah kesihatan kita terutama bagi mereka mereka yang berisiko (comorbid) tinggi seperti mereka yang ada diabetes,obisity,asthma,hypertension dan penyakit penyakit lain.Mencegah lebih baik dari berubat terutamanya dalam jangkaan akan kedatangan gelombang kedua H1N1.Sikap lebih peka dan perihatin juga amat perlu untuk bagi mengurangkan jangkitan penyakit H1N1.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Hidup Kena Merancang

perancangan

perancangan

Kelmarin dalam perjalanan aku balik dari alor setar ke kola nerang dengan tak sengaja aku dapat satu pengalaman dan ilmu secara tak langsung.Aku memang satu orang yang suka pikiaq pikiaq and berangan angan…Berimaginasi dan bermain main dengan minda separuh sedar la katakan…

Dok tak duduk masa dalam bus,masa dok sedap berimaginasi aku kena sapa dengan bro conductor bus.Masa tu aku tengah bes dok pikiaq pasal cara buat di internet dan macam macam lagi la. Tup tup dia mai dok kerusi sebelah aku.Nak besembang la kot sebab orang tak brapa ramai dalam bus tu.Tanpa ada salam perkenalan terus dia kata, kita dalam hidup ni kena ada perancangan.Macam dia tau saja aku tengah dok merancang marketing strategi untuk projek projek aku ni..Aku pun layan ja la…Dan dengar la perancangan masa depan dia yang dok mai serba sikit.

Apa yang aku dapat dari dia ialah dia ada angan angan macam orang lain juga la.Dan yang penting dia dah dapat apa yang dia dok impikan dulu tu.Mungkin dia tak tau kot pasai minda separuh sedar yang telah dia asah semenjak lama dulu dan telah menggerakkan dia untuk mencapai apa yang dia nak tu.Pada aku walaupun dia tak tau pasal kuasa imaginasi tapi yang aku salut bro ni sebab cara dia pikiaq tu betul.Bila cara pikiaq kita betul maka dapat la apa pun yang kita impikan tu..

resmi org bendang

resmi org bendang

Satu ayat yang aku tak pernah dengar ialah” ikut resmi orang bendang”.Aku dok dalam suasana bendang kat kampong tapi  tak penah dengar orang lama lama cakap macam tu pun.Dunia dah moden jadi depa pun dah lupa kot resmi tu.Dia cerita kat aku yang orang bendang ni sangat sangat berjimat cermat cermat dan beringat ingat dalam pengurusan segala macam.Dari segi duit ringgit, makan minum dan segalanya dalam kehidupan mereka.Maklum saja la dulu dulu susah tak macam dunia la ni semuanya mudah asalkan ada duit saja.Kalau ada duit tapi tak ada pengurusan yang betul pun susah gak last skali.Kehidupan yang boros pun akhirnya mengundang masalah lebih besar terutamanya dengan hutang piutang yang penuh dikeliling pinggang.Hidup pun jadi tak tenang dan kacau bilau.Mana taknya orang asyik dok cari saja setiap masa.Dapat gak la aku dengar pengalaman dia pasai pening kepala pikiaq bayaq hutang.Mana tak peningnya gaji tak seberapa tapi hutang lebih dari gaji sebulan.Terpaku juga bila kena ayat macam tu kat atas batang hidung sendiri no.

Yang paling bro tu tekankan kat aku masa dok besembang tu ialah hidup secara sederhana.Jadi diri sendiri lebih baik dari kita cuba jadi orang lain terutama dalam hal hal kemewahan ni.Bagus gak la bila kita hidup secara sederhana ni tak payah la kita nak jadi hipokrit walaupun kita tak mampu nak mewah macam orang lain.Kalau nak berasa mewah dan senang lenang kena la kita berusaha dengan lebih kuat dan dengan cara yang betul.Bukan p mencuri hak orang lain atau makan rasuah sebab rezeki yang dapat tu bukan untuk kita saja.Itu la rezeki anak anak dan orang tua kita.Apa yang kita kena ingat ialah akhirnya kita akan disoal tentang cara kita dapatkannya kelak.

18 tahun beb jalan dalam bus mesti bro ni dah kaya dengan pengalamankan.Kalau disukat  dan kira kira mesti dah brapa kali dah dia pusing dunia kot no.Sebab tu aku dengar dengan kusyuknya masa aku kena sekolahkan kemarin tu.Hebatkan kehidupan ini tanpa mengira siapa dan apa status kita selagi ada impian dan usaha mesti ianya akan tercapai.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   6 Comments

Blogging adalah loghat blogger

dialect,loghat,bahasa,bangsa

dialect,loghat,bahasa,bangsa

Loghat atau dialek adalah bahasa yang diguna pakai oleh blogger dalam aktiviti blogging.Bila kita sebut pasai blogging mesti la luas percangkupannya.Tak kiralah kita berblog dalam niche yang macamna.So terpulanglah dalam niche apa yang kita bawa.Blogging dengan loghat bloggingnya,internet marketing dengan loghat internet marketingnya,health dengan loghat healthnya dan pelbagai lagi lah niche yang akan kita persembahkan kepada pembaca kita.

Dengan adanya loghat ini baru lah pembaca kita akan lebih memahami apa yang kita sedang persembahkan kepada mereka.Barulah kita akan dapat membina satu REPO/hubungan sulit dengan pembaca kita. Hubungan akan wujud bila penyampaian kita jelas dan terang bagi memudahkan innput yang sedng kita kongsikan dengan pembaca kita.

Aku kata macam tu sebab pada aku blog ialah medium terbaik untuk percambahan ilmu dengan free of charge ja.Seseorang blogger perlu bertanggungjawab dalam soal memudahkan loghat sesuatu niche tersebut.Tak kiralah apa jua niche dan bahasa yang kita persembahkan.

Dalam mengembangkan loghat serta hubungan dalam aktiviti blogging ISI adalah perkara pokok yang perlu diambil kira.”CONTENT IS A KING” so makin banyak content maka makin bermaknalah sesuatu blog tu.Memahami loghat dan ditambah dengan content yang menarik dan bergetah maka hubungan kita dengan pembaca akan lebih sticky.

Jangan kita rasa takut untuk  tunjuk gaya penulisan kita sebab kalau kita takut nak menulis maka langsung ianya tak akan tertulis untuk dibaca..So tulis saja lah apa yang kita tahu untuk dikongsikan.Bila baca ja keraguan yang tengah depa cari tu akan terjawab walaupun tak banyak.Apa yang kita kena buat ialah mudahkan cara mereka nak dapat input dengan jelas dan terang.Kalau susah mesti kita sendiri pun kadang kadang lari untuk baca  penulisan macam tu kan…

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Indahnya Hari Raya

Syukur alhamdullilah dapat gak kita beraya dengan keadaan yang cukup sempurna pada tahun ni.Malaysia la katakan sentiasa mewah dalam apa saja sambutan perayaan.Tidak kurang dan tidak dilupai,ada juga saudara saudara kita yang tidak dapat menyambut hari bahagia ini dengan sempurna seperti orang lain.

Hari raya ni sangat bermakna buat aku kalau nak dibandingkan dengan tahun tahun yang lepas tu.Tak tau la mungkin bila umur tu makin meningkat tu kita semakin menghargai kot setiap detik yang berlalu tu.Mana taknya setiap detik diisi dengan sempurna dan bermakna sekali pada hari raya ni.Kalau dulu tu tidoq sepanjang hari pun tak ada masalah apa pun.

Kehadiran adik beradik aku yang lain cukup bermakna sekali pada tahun ni sebab dah lama dah kami tak beraya macam masa kami kecik kecik dulu.Aku dengan adik beradik aku semuanya pusing abis di kawasan kejiranan kami.Semuaumah kat dekat dekatt kami tu kami p.Bukan sebab duit raya ka pa ka, semuanya atas dasar persaudaraan dan kejiranan yang perlu dieratkan semula.Dah lama dah semangat persaudaraan dan kejiranan tu tawar.So ni lah masanya untuk kita manis manis kan balik semangat yang hilang tu.Sememengnya penyatuan tu penting dan pengekalan semangat tu sangat bermakna terutama bagi kita kita yang tinggal di kampong.Kenangan ni membuatkan aku rasa puas dan indah walaupun balik kampong sat saja.

Penghayatan hari raya dalam madsud tersiratnya perlulah kita hayati,tak kira la walau macammanapun yang kita beri.Setiap orang  ada tanggapan sendiri dan memberikan madsud untuk diri sendiri.Aku memberikan tafsiran kemenangan untuk diri sendiri setelah yang bersusah payah melawan segala macam dugaan dan rintangan sepanjang bulan puasa.Aku yakin yang selepas kepayahan kesusahan mesti ada kesenangan selepasnya.Pada aku , hari raya memberikan motivasi dan keyakinan pada diri aku supaya yakin akan selelpas susah mesti ada senang setelah kita berusahadengan sepenuh hati dan jiwa kita.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Fenomena Blogging

fenomena blogging

fenomena blogging

Blogging bukan sesuatu yang baru kat satu malaysia kita ni..Fenomena blogging ni yang melanda malaysia telah membuka banyak mata mata.Tak kisah la kita terbuka dalam bab bab cari duit kat dalam blog ka,politik ka yang tak terkecuali memberikan impak hebat dalam masyarakat atau sekadar menjadi hobi untuk bekenalan lebih jauh lagi.

Pendekatan yang macam macam orang guna pakai dalam meneruskan matlamat masing masing melalaui blog.Ada yang menggunakan blog bagi menyuarakan pendapat dan idealogi.Dengan adanya blog orang lebih mempercayai apa yang kita utarakan kerana ianya lebih selalu diupdatekan dari masa kesemasa.So kita akan selalau la dapat input input baru dan terpulang la kat kita nak tapis input tu macamna.Bukan semua input kita boleh terima bulat bulat.

Kebebasan meyuarakan pendapat la benda yang paling best kat dalam blog ni.Tak kisah la pendapat kita tu orang terima ka tak.Kalau tak terima pun apa masalahnya,hosting dan domain kiata yang bayar.Langsung tak minta kat orang pun kan..Yanag penting kita ada idea dan pendapat untuk di utarakan dan sharekan sudah la..hahahah….So kita dapat la bina kita punya kreadibiliti sendiri.Syoq sendiri pun tak pa la no skali skala…

Mungkin ada yang nak gunakan blog sebagai medium untuk mencari pendapatan lebih.Tak kisah la macamna dan apa kita buat asalkan dapat tambah pendapatan lebih cikit pun jadi la.Dengan blog  nak dapat duit secara banyak banyak pun boleh asalkan kita ada ilmu dan bagi komitmen sepenuhnya dalam usaha nak ubah hidup kita secara total itu sedah cukup baguz.Yang penting bukan hangat hangat taik mak ayam dah la.Aku pun arap akan terus boleh bertahan buat selamanya dalam arrena blogging  selagi ada hayat.Apa yang kita kena ingat ialah kita tengah buat benda yang kita minat dan kita suka so jangan persiakan masa,duit,tenaga dan macam lagi la yang kita korban kan.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments