Aizat Juara AJL 24-Pergi
Tahniah kepada semua pemenang!
Juara
Aizat-Pergi

Naib Juara:
Dan Sebenarnya - Yuna
Tempat Ketiga :
Bencinta - Faizal Tahir
Vokal Terbaik:
Aku Rindu Sayang Kamu - Black.
Persembahan Terbaik:
Kau Aku - Aizat.
January 11, 2010 No Comments
Ada Apa Dengan Gambar dan Blogger
Blogger kadang kala adalah mereka yang berminat dengan dunia fotografi dan gambar gambar. Bukan semua blogger ada minat dengan fotografi sebab blogging dan fotografi adalah dua dunia yang berbeza.
Apa yang aku nak bincangkan dalam artikel ini ialah gambar yang ditangkap sendiri atau yang didownload oleh blogger boleh membawa polis trafik secara percuma dan kualitin ke blog atau wesite kita.
Gambar adalah tool yang baik untuk mendapatkan trafik bagi blog atau website. Website atau blog yang mempunyai gambar adalah lebih menarik berbanding blog atau website yang langsung tiada gambar.
Orang akan lebih mudah tertarik dan melekat dengan gambar dan grafik yang menarik dalam sesuatu blog atau website.
Tidak dinafikan juga sebab bukan semua blogger adalah jurukamera ataupun mempunyai kamera untuk menangkap gambar. Kalau kita tiada minat atau bakat dalam bidang fotogarifi, bolehlah download ja untuk mendapatkan gambar gambar tersebut.
Gambar gambar yang ditangkap bolehlah di masukkan dalam fotobucket,flickers dan banyak lagi tempat simpan gambar secara online. Kita juga boleh memilih untuk masukkan ketempat berbayar ataupun percuma. Disinilah kita boleh membawa trafik ke blog atau website kita, hasil dari gambar yang kita up loadkan.
Dengan gambar yang menarik, manalah tahu kalau kalau kita dapat menjual gambar gambar yang kita tangkap. Bukan kata trafik, duit pun boleh kita dapat dengan gambar gambar yang kita tangkap tu sekiranya ada yang berminat dengan gambar gambar tadi.
P/S:Sekiranya kita download gambar kepunyaan orang lain pastikan kita tidak salah di sisi undang undang.
January 9, 2010 No Comments
5 Sebab Kenapa Gagal Ada Blog Yang Boleh Jana Income
Aku baru baru ni kena soal siasat oleh kawan kawan aku yang nak sangat tahu aku tengah buat apa dengan internet sampai kadang kadang macam tak jadi orang.
Aku tanya depa pasai apa tak jadi orang plak. Jawapan depa ialah aku dok keja mengadap ngan PC aku ja. Tak mau kawan ngan orang lansung. Depa kata aku ni SOSIALIS ANTI SOCIAL. Depa tak tahu yang aku tengah bersosial dengan mat mat saleh dan minah minah saleh dalam internet tu sebenarnya.
Lepas tu mula depa tahu yang aku tengah sibuk tulis artikel dan mencari info info untuk niche blog aku. Mulalah depa kata aku pun ada blog juga tapi tak penah pun dapat duit dari blog.
Aku tak mahu buat personal coaching kat sini cuma aku nak higlightkan yang pada kau ada lima sebab kenapa bila ada blog tapi masih gagal dapat income walaupun RM satu pertama.
Tak dinafikan member member aku ni pun ada blog sendiri juga tapi dalam kehendak sendiri sahajalah. Madsud aku bukan ada saluran astro blog berbayar ataupun dot com sendiri. Itu sebab PERTAMA yang boleh diambil kira.
Sebab KEDUA ialah minat. Mungkin minat kita semua tak sama diantara satu sama lain. Bukan semua ornag suka sangat dok mengadap depan PC macam nak tekeluaq biji mata. Jadi kalau ada MINAT + KESUNGGUHAN = KEJAYAAN. Lambat atau cepat kejayaan tu kena sabar sabar dulu ja bang..
Duit kadang kadang menjadi ancaman besar juga dalam menetukan kejayaan blogging ini. Kadang kadang bila kita terlalau menanti duit masuk tu sakit juga. Mana tak sakitnya dok mengharap duit sahaja tapi duit tak uga masuk masuk, maka angkat kaki dan lambung sahaja dari industri blogging ni. Duit lambat atau tak masuk langsuung jugalah penyebab KETIGA orang akan mula serender.
Bahasa melambangkan bangsa, kalau kita tulis blog dalam english tak ada salahnya. Makan belacan juga kita, tak ada jadi orang putihnya kita. Kita nak amik duit orang putih sikit balik ja, depa amik duit tanah tercinta kita ni pun banyak sangat dah.Sebab KEEMPAT kita kena blogging dalam english lah buat kita terbantut. Kalau kena gaya dan cara insyaallah tidak ada masalah.
Sebab KELIMA pada pandangan aku ialah kita tidak BERTINDAK walaupun kita boleh cari jalan untuk jana duit dari blogging dan sebagainya dari internet. Sekiranya kita bertindak dan sabar dalam usaha kita aku yakin pasti akan ada kejayaan suatu masa nanti.
Ada banyak lagi sebab dan musabab yang sama sama kita kena cari dan selesaikan. Sama sama kita pikiaq no…..
January 3, 2010 1 Comment
Niche Blog Dah Dapat PR Suatu Permulaan Baik 2010
Awal tahun 2010 ni adalah berita yg agak menggembirakan aku, sebab beberapa blog aku dalam arena blogging “niche blog” telah mendapat duit PR. Kira usaha dalam niche blog ni dah ada sedikit petunjuk yang baik.
Goolge telah update PR pada hujung bulan December yang lalu. Mungkin ada diantara blog anda juga telah mendapat PR pada blog masing masing.
Tahniah dan selamat maju jaya pada anda yang telah memperolehi PR dari Uncle Goolgle.
Bagi yang berkecimpung dalam niche blogging kena la usahakan bagi mendapatkan PR yang baik sebab kita akan semakin boleh pergi lebih jauh setelah niche blog kita mendapat PR.
Bila dah dapat PR untuk niche blog, maka aku harus lebih FOKUS dalam menjana pendapatan dari blogging. Thanks Uncle G…
January 2, 2010 No Comments
Langkah 2010
Setelah sekian lama aku dah menulis dalam blog aku ni. Lebih kurang dekat sebulan juga lamanya.
Bukan saja atau suka suki tak mau update tapi keadaan yang sibuk dan kalut yg tak menentu akhir akhir ini. Macam macam yg nak di buat dan disiapkan dalam waktu hujung hujung tahun ni.
Sedar tak sedar segala yang dirancang pada sebelum bermulanya tahun 2009 masih dalam perancangan pun ada lagi. Aku pun tak tahu la masa yang cepat atau kita yang cepat ni. Ternyata masa tak pernah menunggu sipa siapa pun.
Tahun 2009 dah x brapa lama lagi dah ni. Tak sampai beberapa minit saja lagi. Aku rasa ada orang yang dah mula pasang niat untuk tahun masihi yang baru ni dari sebulan sebelum lagi kot.
Tak kisah la sama ada niat yang kita pasang tu akan dapat dicapai ka tak pada tahun baru ni. Yang penting masing masing ada niat untuk meneruskan tahun baru 2010 nanti. Capai atau tak tercapai niat tu sendiri la jawab dan bertanggungjawab.
Harapan aku niat atau azam kita yang baru kita pasang nanti akan akan terus berjaya dilaksanakan macam mana kita berjaya menjayakan niat yang sama pada tahun 2009 lalu.
Kita adalah diri kita, biarlah angka tahun dah berubah menjadi 2010 dan kita pun akan semakin matang selari dengan peningkatan angka tahun yang sentiasa berubah.
Kita mesti JUJUR dan IKHLAS pada diri kita dalam menentukan kejayaan niat kita yang baru ini. Cara kita BERFIKIR juga harus betul bagi memastikan kita akan berjaya mencapai segala azam kita pada tahun 2010 nanti.
Semoga segala niat dan azam tahun 2010 ni akan lebih memetivasikan kita.
December 31, 2009 No Comments
Truely Pisau Cukur..!
Mungkin ramai dah pergi menonton filem panas melayu 2009 ni kot..Aku berpeluang untuk p panggung wayang hari ni untuk menonton pisau cukur dengan berteman kat sebelah…
Diluar jangkaan aku juga la filem ni, aku ingat biasa biasa ja. Pada aku ada gak sedikit syok la dalam filem melayu yang maccam ni…tidak terlalu realiti dan tidak terlalu fantasi, masih diatas bumi yang nyata la pendek katanya.
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009.
Sinopsis dan sedikit trailer dan filem pisau cukur..Bagi yang bercadang nak p menonton di silakan sebab ada gak moral of story untuk dihayati dalam alam nyata kehidupan kita ni…Amik yang baik dan berguna dah la….
November 6, 2009 No Comments
Defisit PTPTN boleh cecah RM48b pada 2020!

Masalah para peminjam liat membayar hutang akan menyebabkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diheret dalam kancah kewangan dengan anggaran jumlah pinjaman tidak berbayar mencecah RM48 bilion pada 2020.
Pada masa ini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 780,000 pelajar dengan jumlah yang sepatutnya dibayar balik sebanyak RM3.26 bilion.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.54 bilion hutang belum dibayar manakala bakinya diberi penangguhan bayaran balik.
“Kesemua hutang itu perlu dibayar balik, PTPTN tidak akan menghapus kira wang RM3.26 bilion tersebut kerana dana itu diperlukan untuk membiayai pinjaman penuntut baru.
“PTPTN bukan beri biasiswa, lagipun banyak biasiswa yang telah ditaja kerajaan sendiri selain pihak swasta,
November 4, 2009 No Comments
Jom P Langkawi!
Saudara Wanmus telah mengeluarkan satu lagi report PERCUMA untuk untuk dibagikan kepada semua kita. Beliau juga menyediakan beberapa tawaran menarik untuk dimenangi. Tajuk laporan PERCUMA beliau ialah 101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan laporan percuma dari beliau kerana mungkin anda berpeluang untuk melancong ke langkawi juga tu…
Dapatkan laporan PERCUMA ini untuk memastikan anda dapar belajar strategi yang beliau turunkan dalam laopran yang beliau sediakan.
Yang penting sekali anda boleh juga menyahut cabaran yang beliau sertakan kepada anda sebagai agent PPL, antara syarat syarat dan hadiah hadiah menarik dari beliau ialah :
Syarat-syarat:
1- PPL ini tidak disertakan bayaran komisyen, hanya hadiah disediakan untuk sesiapa yang berjaya mendapatkan lead tertinggi dalam masa 2 HARI
2- Hadiah juga disediakan untuk 4 orang pemenang cabutan bertuah.
3- Untuk cabutan bertuah, anda hanya perlu mendapat 2 lead untuk membolehkan nama anda tersenarai dalam cabutan bertuah nanti.
Hadiah :
1- Penginapan 2 Hari 1 Malam di Langkasuka Beach Resort Langkawi ( RM140)
2- Wang saku RM 100 (shopping shoppinglah)
Hadiah kedua: Wang saku RM 70
Hadiah ketiga: Wang saku RM 40
Hadiah keempat: Wang saku RM 20
Hadiah kelima: Wang saku RM 10
Hadiah cabutan bertuah: (manalah tahu kot anda seorang yang bertuah,anda boleh dapat)
2X 1GB Web Hosting untuk setahun (RM100)
2X domain .com percuma setahun (RM70)
Apa tuggu lagi anda dah boleh start kongsikan dengan kawan kawan anda dan kawan kawan anda kongsikan dengan kawan kawan mereka.Download sekarang dan start sahut cabaran PLL yang beliau sediakan,jangan tunggu sampai tarikh untuk sahut cabaran PPL tamat pulak.
Last untuk menerima cabaran Wanmus ialah 29/10/09 – 11.59 pm.
October 28, 2009 No Comments
Blogger membaca adalah blogger berjaya!

Blogger membaca adalah blogger berjaya ! Macam kempen ja bunyainya, tapi itu lah kenyataan yang perlu ada pada setiap dari kita bukan hanya mereka yang bergiat dalam bidang blogging sahaja.
Dengan membaca maka akan wujudnya suatu budaya,budaya itu ialah cintakan ilmu. Bukan hanya sekadar ilmu blogging sahaja tapi segala ilmu yang kita baca mesti tempias hasil dari pembacaan kita, kita akan dapat jua walaupun sedikit. Jadi pilih lah membaca untuk dijadikan budaya dan suatu pengembaraan baru buat minda kita.
Membaca akan membawa kita kepada suatu pengalaman baru dan dapat membentuk jati diri berterskan ilmu hasil dari pengamatan dan pembacaan kita. Kalau kita teliti ramai dari orang orang yang berjaya dan mereka mereka yang bergelar jutawan juga banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Dari pembacaan merekalah mereka mula membentuk jadi diri dan memulakan pengembaraan mereka kepada kejayaan yang lebih besar.
Dalam agama kita pun, junjungan Nabi Muhammad S.A.W buat pertama kali bertemu dengan Jibril A.S disuruhnya ‘BACALAH’.Ternyata tuntutan agama kita untuk membaca adalah bertujuan untuk menghilangkan kegelapan dalam kehidupan manusia dan seterusnya membina suatu kejayaan yang gilang gemilang. Tuntutan membaca dan mengkajilah telah menyerlahkan cendikiawan Islam dan mereka disanjung sehingga akhir zaman.
Budaya membaca dan diadaptasikan didalam penulisan blog bukan bertujuan untuk memcari GLEMOR atau POPULAR tetapi ianya adalah untuk perkongsian ilmu dan wacana percambahan minda untuk dikongsikan bersama.Halatuju blogger juga akan menjadi lebih jelas bila budaya membaca dijadikan keutamaan dalam menjadikan blogging sebagai hobi yang sangat berfaedah dan tidak menjemukan.
Janganlah kita terlau berkira untuk membeli buku buku dan meluangkan masa untuk membaca. Sifat kedekut untuk mendapatkan ilmu semestinya akan menjumutkan pemikiran kita dan menggalakkan KEGAGALN yang berpanjangan. Kesempatan untuk mengetahui akan pengalaman dari orang lain juga terbantut, dan sanggupkah kita melalui pengalaman kegagalan orang lain dalam diri kita tanpa ada panduan dan pedoman yang berpanjangan.
Sekurang kurangnya kalau kita gagal sekali pun dapatlah kita belajar dari pengalaman orang lain dan membetulkan kegagalan kita dengan masa yang tidak dibazirkan begitu sahaja dengan kegagalan demi kegagalan. Kegagalan memang merupakan suatu pengalaman yang berguna buat kita tetapi dalam dunia yang serba pantas ini adalah lebih baik kita kurangkan masa yang dibazirkan untuk gagal itu ditukarkan kepada kejayaan demi kejayaan.
Jom sama kita tanamkan budaya membaca agar dia segar bugar kat dalam diri kita ni dan kejayaan menjadi milik kita bersama…
October 27, 2009 3 Comments
aku bukan superman………
Jom kita layan sikit lagu anak anak ahmad dhani ni..dengar macam best ja…lagu untuk orang orang yang dalam hati mereka ada taman…hahaha
October 27, 2009 6 Comments

