
blogging adalah perniagaan
Blogging adalah perniagaan.Macam pelik saja bunyi,tetapi itulah kenyataan yang setiap blogger perlu faham dan praktikan.Ia adalah salah satu model pernigaaan.Dengan blog kita bukan hanya sekadar suka suka ataupun sekadar mencari hiburan sahaja.Blog adalah medium terbaik dalam membina rangkaian pernigaan kerana ianya lebih dipercayai dalam membina pengaruh dan hubungan.Hubungan adalah kunci kejayaan dalam sesuatu perniagaan,ini kerana tanpa ada hubungan yang baik dengan jaringan lain maka tidak terjadilah sesuatu pernigaan.
Dengan blog kita bukan sekadar menjadi penulis (blogger) tetapi ia adalah tentang rangkaian pernigaan,online asset,modal kepada pernigaaan dan kemampuan jangka panjang dalam membina perniagaan.Pada pandangan aku sekiranya kita sekadar menulis untuk keseronokkan tanpa mengambil peluang menjadikan blogging sebagai pernigaaan ia adalah sangat merugikan.Kita adalah penentu samada untuk bertindak sebagai pro blogger atau sekadar penghibur dalam arena industri blogging dan pernigaan internet.Jadi bersediakah kita untuk bertindak kearah pro blogger…?
Untuk menjadi pro blogger kita bukan sekadar menulis akan tetapi ianya adalah bagaimana kita mampu untuk menjadikan dan menguruskan blog sebagai sebagai perniagaan.Bila cakap pernigaan mestilah ia akan memberikan pulangan setimpal dengan usaha, tenaga , duit (modal) dalam memberikan pulangan tersebut.Pemahaman tentang blogging adalah perniagaan dan memberikan pulangan mungkin sesetengah berpendapat tidak perlu meletakkan duit sebagai keutamaan.Masing masing ada kehendak masing masing so pada aku tak ada salahnya kita meletakkan duit sebagai imbuhan dan pemangkin untuk kita berkerja dan berbusiness.
Sekiranya kita gagal untuk memprolehi pendapatan bagaiman..?Mungkin ada yang mempersoalkan tentang persoalan blogging semata mata untuk duit tanpa meletakan minat sebgai keutamaan..Jawapan aku ialah sikap kitalah yang menentukan samada kita mampu menghasilkan pendapatan ataupun tidak..Jangan sesekali kita putus asa dan malas mengali ilmu untuk mengasilkan pendapatan.Buatlah sedikit pelaburan untuk mendapatkan ilmu tantang sebarang benda yang kita minat.Pelaburan itu tidak kiralah duit , tenaga dan masa kita,yang penting kita dapatkan ilmu bagi menjadikan apa yang kita tengah buat lebih seronok dan bermakna.Dalam kata lain kita adalah pengurus dan penentu samada kita berkerja untuk menghasilkan pendapatan ataupun tidak.Untuk mendapatkan pendapatan tersebut perlulah kita menguruskan blog kita sebagai perniagaan dengan mind set yang betul sebagai ahli pernigaan.

Gigih
Tidak dinafikan terdapat ramai blogger kita yang mampu menghasilkan pendapatan mencecah ribuan ringgit setiap bulan.Cara mereka berblog adalah dengan menjadikannya sebagai perniagaan.Tidak hairanlah blogger seperti bro rohaizad mampu untuk melakukanya sebagai kerjaya walaupun dekat negara kita blogger tidak dilihat sebagai kerjaya.Pendapatan yang dihasilkan juga agak kosisten walaupun hanya beberapa jam sahaja mereka bekerja.Apa yang blogger blogger besar adaptasikan dalam menjadikan blogging sebagai perniagaan ialah berkerja secara “smart” dan konsisten serta mempunya sikap dan cara fikiryang betul.Tidak ada mustahilnya, bila kita dapat mempraktikkan dan memberikan persepsi yang betul terhadap blogging adalah perniagaan maka setiap dari kita juga akan mampu menjana pendapatan besar juga seatu hari nanti.

January 11th, 2010 → 12:57 am @ admin
0