operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Blogging bukan skim cepat kaya!

Ramai di kalangan masyarakat malaysia yang tahu dengan kuasa internet dapat menjana pendapatan dengan mudah. Sehinggakan blogging pun dianggapkan sebagai skim cepat kaya pun ada.

Tanggapan blogging adalah skim cepat kaya adalah meleset sama sekali. Blogging adalah suatu model perniagaan internet dan ianya perlulah dijalankan seperti perniagaan internet lainnya.

Sebelum menghukum sesuatu itu skim cepat kaya kita perlulah menilai dan meneliti apakah yang sedang diperbuat dalm urusan perniagaan itu.Bank negara menyifatkan skim cepat kaya adalah sesuatu yang lazimnya memberikan pulangan besar dari pelaburan yang yang kecil serta bebas dari risiko.

Sudah tentulah dari aktiviti blogging mempunya risiko sendiri. Kalau kita tidak update blog kita dan blog tiada pengunjung mesti risiko untuk tidak ada pendapatan akan ada bukan. Ini kerana setiap pengujung memerlukan informasi yangsegar bugar.

Hasil pendapatan dari blogging adalah agak lambat sedikit jadi kena la banyak besabar dan istiqamah dalam menjadikan blogging adalah perniagaan. Janganlah kita mengharap balasan yang besar dengan usaha yang ciput ja.Secara logiknya modal besar mesti bayar besarkan.

Dalam dunia blogging sangat sangatlah dituntut akan kesabaran dari dalam diri blogger itu. Bukan hanya dalam satu malam kita mula menulis dan akan terus mendapat pendapatan yang besar seperti skim cepat kaya yang sering digembar gemburkan dalam media media sekarang ini.

Secara purata pendapatan dari aktiviti blogging adalah berkisar dari program pengiklanan,menulis review,dan bebrapa program lainnya.Program pengiklanan yang dipaparkan didalam blog blog blogger adalah dari program pengiklanan dari dalam malaysia dan antarabangsa.

Bak kata guru aku blogging bukan boleh jadi jutawan tapi boleh lah senang sikit.Kalau senang sikit okey lah kan kalau nak dibandingkan dengan duit hangus macam tu sahaja. Habuk pun takdak dan last sekali begaduh abis laki bini, susahkan kalu sampai jadi macam itu kalau kita taksub sanagat denagn skim cepat kaya.

jadi lebih baik kita menyesal sebelum daripada kita menyesal selepas kan.!!!!?

Share/Save/Bookmark

Tagged as:  ·

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>