Buat Apa Sahaja Dengan Blog Kita
Mempunyai blog sendiri adalah suatu yang seronok sebenarnya. Ini terutama bagi mereka yang sangat suka menulis dan meluahkan buah fikiran kedalam blognya sendiri.
Membaca blog blogger blogger lain juga adalah suatu yang menyeronokkan juga. Sebab itulah ada sestengah blog yang seolah olah seperti sebauh forum jadinya. Ini terjadi kerana blog blogger tersebut padat dengan informasi dan input input berguna. Tak kisah lah cerita kita itu berunsur peribadi atau pun tidak.
Menulis dan membaca blog orang lain ada suatu hobi yang dapat menjadikan kita semakin banyak pengalaman walaupun pengalaman itu kita kutip dari blog orng lain sebenarnya. Buat apa kita nak lalui pengalaman susah payah itu lebih baik kita baca dan jadikan sempadan untuk kita inplemenkan kedalam blog kita sahaja.
Bagi mereka yang ada blog sendiri bolehlah tulis apa sahaja yang kita suka asalkan penulisan kita tidak menyalahi undang undang dan tatasusila kemanusian sudah la. Kalau ada dendam sekalipun simpan dan lebih baik lagi tu buang jauh jauh, jangan kita lepaskan dalam blog kita.
Orang akan nilai seseorang blogger itu dari penulisan blogger itu. Apa yang kita fikir sebenarnya boleh diintepretasikan dalam penulisan kita sebenarnya. Penulisan adalah gambaran sebenar keperibadian sebenar blogger itu. Sebab utama untuk menggambarkan keperibadian blogger itu ialah IKHLAS dalam penulisannya.
Mungkin anda mempunyai pesepsi yang berbeza dalm mentejemahkan setiap penulisan itu. Terpulanglah kepada anda untuk menterjemah atau menilai sejauh mana keiklhlasan blogger blogger itu.
Kadang kadang kita ada rasa malu untuk meluahkan kedalam blog kita. Kenapa mesti kita malu, sedangkan blog kita itu kitalah yang membeli domainnya. Tulis sahaja apa yang kita rasa boleh dikongsikan dengan orang yang tidak penah kita kenal pun. Denagn penulisan jugalah kita akan menjadi kenal dengan pembaca setia blog kita.
Ingatlah wahai saudara saudaraku sekalian, walaupun blog kita buruk dan penulisannya lebih kurang sahaja pasti akan ada orang yang akan menjadi pembaca setia blog kita nanti. Akan ada dalam diam diam tu peminat kita sebenarnya.
Sekiranya kita dah ada blog dan membuat posting maka tidaklah rugi kit amembayar yuran tahun domain kita kalau kita tulis dan buat posting.
Jadi tulis sahajalah apa yang kita nak selagi kita tuan punya blog yang hakiki…….


susah jugak nak menulis dalam blog ni :)…kalau sendiri tulis sendiri baca-senang !!!….aku ingat nak lock lah blog aku tu …kahkahkah
tulis saja bro jgn sampai apa yang kita nak tulis tu tak sampai sudah la…asal nak lock plak bro..tu dah kira tahp VVip tu bro kalau siapa dapat masuk blog bro tu..