“Full Time” Blogger Sebagai Suatu Kerjaya
Menjana pendapatan dari internet kebanyakan orang menyangka ianya hanyalah sekadar kerjaya “part time” sahaja. Malahan ianya tidakpun dianggap sebagai kerjaya pun pada sesetengah orang.
Sedangkan menjana pendapatan dari internet sangat banyak cabang dan peluang, antaranya memilih blogging sebagai cabang menjana pendapatan. Berblogging dan memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah suatu kerjaya sebenarnya.
Masih ramai diantara kita tidak berani untuk membuat keputusan keluar dari kepompong dibelenggu dengan arahan orang atasan atau masih gemar untuk bekerja dengan orang lain. Jadi tepuk dada tanyalah kehendak masing masing. Hanya kita sahaja yang tahu dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita mahu sebenarnya.
Tidak ada salahnya memilih kerjaya sebagai blogger andai kata ianya adalah blogger sepenuh masa dan boleh menghasilkan pendapatan empat atau lima angka sebulan. Sekiranya pendapatan blogging lebih besar dari pendapatan kerja kita sekarang bolehlah kita pertimbangkan untuk menjadi blogger sepenuh masa.
Kalau kena gayanya kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sanagat lumanyan. Blogger sepenuh masa sangat bebas dengan rutinya sendiri. Bekerja pula hanyalah dari rumah. Masalah jalan sesak, kena marah dengan bos, dan segala masalah politik tempat kerja boleh dilupakan.
Masa untuk keluarga dan masa untuk melakukan aktiviti kesukaan kita dapatlah dibuat dan diberikan dengan sepenuhnya. Yang bestnya dapat tengok anak anak membesar depan mata sambil mencari nafkah untuk seisi keluarga dari rumah.
Impian aku untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa juga sedang aku usahakan. Ianya tidak pernah padam sebab kita dapat mengusai sepenuhnya jadual tugasan kita. Cabaran dan rintangan tetap ada sekiranya menjadi blogger sepenuh masa tetapi andai kata cabaran dan rintanagn ini diambil dengan sabar dan motivasi yang tinggi ianya pasti tidak menjadi masalah. Janganlah sesekali kita melihat masalah sebagai masalah kerana setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka yang telah menjadi blogger sepenuh masa.
Tagged as: blogger sepenuh masa · bloggign · kerjaya blogger


“kisah pemuda gila yang melarat di kaki lima tetapi mempunyai pendapatan lima angka seminggu” harus dijadikan renungan bersama…kahkahkah….sekadar selingan !
tak pernah dengar.. bagi link..
wah thanks for the review… nanti rajin2 la dalam blog hamba tu yek..
sama sama…..sebab dalam hati ada juga niat nak jadi full time blogger tu bro…..insyaallah hamba akan slalu p…