Isi Blog Berkualiti Dan Update Blog Setiap Hari tidak Cukup

Content atau isi blog yang berkualiti merupakan kewajipan untuk mendapatkan pengunjung yang ramai blog. Blog yang diupdate setiap hari merupakan strategi supaya pengunjung blog kita kembali untuk membaca blog dan seterusnya menjadi satu komuniti untuk blog tersebut.
Semua blogger blogger besar menyatakan bahawa “content is KING“. Bila CONTENT + UPDATE setiap hari maka ianya merupakan RESEPI terbaik untuk menghidupkan blog. Semua blogger melakukan perkara ini dengan harapan pengunjung ramai yang datang ke blog mereka.
Aku sangat yakin dengan RESEPI ini dalam mendapatkan pengunjung ke blog. Namun dengan hanya melakukan update dan content sahaja tidaklah memadai. Aku sendiri pun melakukan benda yang sama juga, hanya membuat artikel untuk mengupdate blog dan mengharapkan pengunjung datang ke blog dengan sendirinya.
Hakikat ini akhirnya aku sedari bahawa sebagus mana pun kita menulis namun pengunjung blog masih di tahap yang lansung tidak memberangsangkan. Blog kita hanya akan tenggelam dalam jutaan blog yang tertaburan dalam internet(blogsphere) macam tu sahaja. Ianya adalah seolah olah sia sia sahaja perbuatan kita bukan?
Menyedari akan hakikat ini RESEPI dasar perlulah ditambah dengan MEMPROMOSIKAN blog dengan sebaik mungkin adalah jalan terbaik untuk mendaptkan pengunjung demi pengunjung ke blog kita.
Bila CONTENT + UPDATE + PROMOSI BLOG maka barulah blog kita tidak akan tengelam dalam jutaan blog lainnya, InsyaAllah.Jadi sudahkah kita mempromosikan blog kita dengan sebaiknya?
Tagged as: dasar · komuniti · pengunjung · promosi · resepi


hahaha…tang promosi ni lah yang aku paling lemah,mir
aku berpesan pada diri aku juga bro supaya dapat konsisten dalam blogging dan moga2 usaha dapat trafik menjadi..untuk daptkan trafik bukan usaha dalam satu malam ja, ianya proses berterusan.