Affiliate

January 11th, 201012:57 am @ admin

0


affiliate percentage

affiliate percentage

Program affiliate pada  adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.

Kebiasaannya, untuk menjadi agen pemasaran (affiliate marketer) menerusi program affiliate yang ditawarkan adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, terdapat juga program affiliate tertutup yang mana hanya pembeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan sahaja dapat mempromosikannya melainkan anda dapat meyakinkan pengusaha bahawa anda berkemampuan untuk melakukan pemasaran terhadap produk mereka. Antara perkara yang dapat meyakinkan pengusaha adalah dengan memberi bukti bahawa anda memiliki sejumlah senarai prospek yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan pengusaha tersebut.

Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan. Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% – 70%.

Produk fizikal kebiasaannya mempunyai peratus komisyen yang lebih rendah iaitu antara 5% – 30%. Ini adalah berikutan kos bagi produk fizikal adalah besar jika dibandingkan dengan kos produk digital.

Share/Save/Bookmark