Indahnya Hari Raya
Syukur alhamdullilah dapat gak kita beraya dengan keadaan yang cukup sempurna pada tahun ni.Malaysia la katakan sentiasa mewah dalam apa saja sambutan perayaan.Tidak kurang dan tidak dilupai,ada juga saudara saudara kita yang tidak dapat menyambut hari bahagia ini dengan sempurna seperti orang lain.
Hari raya ni sangat bermakna buat aku kalau nak dibandingkan dengan tahun tahun yang lepas tu.Tak tau la mungkin bila umur tu makin meningkat tu kita semakin menghargai kot setiap detik yang berlalu tu.Mana taknya setiap detik diisi dengan sempurna dan bermakna sekali pada hari raya ni.Kalau dulu tu tidoq sepanjang hari pun tak ada masalah apa pun.
Kehadiran adik beradik aku yang lain cukup bermakna sekali pada tahun ni sebab dah lama dah kami tak beraya macam masa kami kecik kecik dulu.Aku dengan adik beradik aku semuanya pusing abis di kawasan kejiranan kami.Semuaumah kat dekat dekatt kami tu kami p.Bukan sebab duit raya ka pa ka, semuanya atas dasar persaudaraan dan kejiranan yang perlu dieratkan semula.Dah lama dah semangat persaudaraan dan kejiranan tu tawar.So ni lah masanya untuk kita manis manis kan balik semangat yang hilang tu.Sememengnya penyatuan tu penting dan pengekalan semangat tu sangat bermakna terutama bagi kita kita yang tinggal di kampong.Kenangan ni membuatkan aku rasa puas dan indah walaupun balik kampong sat saja.
Penghayatan hari raya dalam madsud tersiratnya perlulah kita hayati,tak kira la walau macammanapun yang kita beri.Setiap orangĀ ada tanggapan sendiri dan memberikan madsud untuk diri sendiri.Aku memberikan tafsiran kemenangan untuk diri sendiri setelah yang bersusah payah melawan segala macam dugaan dan rintangan sepanjang bulan puasa.Aku yakin yang selepas kepayahan kesusahan mesti ada kesenangan selepasnya.Pada aku , hari raya memberikan motivasi dan keyakinan pada diri aku supaya yakin akan selelpas susah mesti ada senang setelah kita berusahadengan sepenuh hati dan jiwa kita.

