Category — blogging
Tidak Tegarkah Aku

Bukan kata jadi penagih saja tegar tapi jadi blogger pun kena tegar juga. Walau apa yang berlaku dan terjadi sekali pun kita kena teruskan blogging.
Tegar atau tidak kita, hanya kita yang tahu. So tanya diri sendiri samada kita boleh katakan diri kita tegar atau pun tidak dalam arena blogging.
Aku mungkin bercakap pasal diri aku yang semakin hilang ketegarannya. Ada sedikit ujian dengan masalah internet terus membuatkan aku hilang gian untuk mengadap interet. Dia punya ‘kick’ dah kurang la sikit.
Bukan hanya mengadap internet tetapi gian untuk tengok dan godek godek blog juga makin hilang gian dia. Brother brother blogger aku selalu kata hilang FOKUS.
Mana gian tidak hilang sehinggakan apa yang aku fokus pun aku tahu dah. Rasanya macam aku dah kena sindrom “overwhelming“.
Kepala otak jadi tepu, dah tak tahu nak bermula dekat mana. Semuanya jadi tak kena. Mula salah tak mula pun salah.
Dalam blogging kena fokus tapi nak fokus dekat mana pun dah jadi macam takut. Inilah akibat hilang fokus kot rasanya.
Kalau macam ni gayanya aku kena pergi Krusus Smart Blogging semula dengan bro Ijad kot. Kena mengadap sifu untuk dapatkan “berkat guru”. Atau aku berada dalam ketidak berkatan guru.
Ternyata blogging kena istiqamah dan fokus kalau tidak sindrom overwhelming akan membuatkan kita lumpuh. Nasib baik tak lumpuh sepenuhnya.
So sejauh manakah ketegaran anda dan kegianan anda, tepuk keybord tegok blog anda.
August 1, 2010 No Comments
Isi Blog Berkualiti Dan Update Blog Setiap Hari tidak Cukup

Content atau isi blog yang berkualiti merupakan kewajipan untuk mendapatkan pengunjung yang ramai blog. Blog yang diupdate setiap hari merupakan strategi supaya pengunjung blog kita kembali untuk membaca blog dan seterusnya menjadi satu komuniti untuk blog tersebut.
Semua blogger blogger besar menyatakan bahawa “content is KING“. Bila CONTENT + UPDATE setiap hari maka ianya merupakan RESEPI terbaik untuk menghidupkan blog. Semua blogger melakukan perkara ini dengan harapan pengunjung ramai yang datang ke blog mereka.
Aku sangat yakin dengan RESEPI ini dalam mendapatkan pengunjung ke blog. Namun dengan hanya melakukan update dan content sahaja tidaklah memadai. Aku sendiri pun melakukan benda yang sama juga, hanya membuat artikel untuk mengupdate blog dan mengharapkan pengunjung datang ke blog dengan sendirinya.
Hakikat ini akhirnya aku sedari bahawa sebagus mana pun kita menulis namun pengunjung blog masih di tahap yang lansung tidak memberangsangkan. Blog kita hanya akan tenggelam dalam jutaan blog yang tertaburan dalam internet(blogsphere) macam tu sahaja. Ianya adalah seolah olah sia sia sahaja perbuatan kita bukan?
Menyedari akan hakikat ini RESEPI dasar perlulah ditambah dengan MEMPROMOSIKAN blog dengan sebaik mungkin adalah jalan terbaik untuk mendaptkan pengunjung demi pengunjung ke blog kita.
Bila CONTENT + UPDATE + PROMOSI BLOG maka barulah blog kita tidak akan tengelam dalam jutaan blog lainnya, InsyaAllah.Jadi sudahkah kita mempromosikan blog kita dengan sebaiknya?
June 1, 2010 2 Comments
Facebook Tempat Paling Bahaya Dalam Dunia?
Semenjak dua menjak ni kita pasti sudah tidak asing lagi dengan facebook. Facebook menjadi satu dunia baru untuk kita berjumpa kawan kawan lama.tidak lupa juga musuh musuh lama(dalam hati ada najis)…hahaa….Tidak kurang hebat juga kita memiliki kawan kawan baru yang langsung tak pernah kenal sebelum ini.
Kadang kadang tanpa kita sedar kita dan mereka (kawan kawan) telah mengekspos diri secara berlebihan dalam facebook.
Segala macam mak nenek dimasukkan dalam facebook. Ini termasuklah profile yang menarik perhatian dan gambar gambar yang pelbagai. Jangan kita lupa bahawa sebenarnya dunia facebook sedang mengintai kita dan mendedahkan kita kepada bahaya.
Jadi untuk mengelakkan bahaya dalam dunia facebook aku nak kongsikan beberapa tip dan pengalaman aku dengan dunia facebook serba sedikit.
Password
Jangan langsung bagitahu kepada sesiapa pun walaupun dia orang yang anda sayang. Password yang mudah di kesan juaga harus dijauhi.
Khabar Angin
Dunia internet selalunya penuh dengan kabar angin, tak tahulah ianya secara kebetulan atau tidak. Jadi hati hati dengan kabar angin. Periksa asal usul kabar angin terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kecelaruan sebelum membuat komen atau menfowardkan kepada rakan rakan tentang sesuatu berita,gambar gambar, artikel artikel dan macam macam lagi.
Profile Lengkap
Elakkan terlalu meletakkan profile lengkap yang teramat sangat, nanti takut takut ianya akan menyusahkan kita pulak. Bukan aku nak mengajar untuk menipu tetapi sekiranya ianya tidak mengancam keselamatan sosial kita ianya tidak menjadi masalah.
Gambar Terpilih
Dalam keghairahan mengupload gambar ke facebook pastikan pemilihan gambar dibuat dengan betul. Pilih gambar yang tidak terlalu perbadi dan terlalu membahayakan diri sendiri. Maklumlah dalam facebook gambar pun boleh dikomen yang bukan bukan juga. Jadi elakkan disebabkan gambar anda akan diselebungi dengan masalah akibat dari intepritasi yang salah oleh tukang komen dan mereka yang berkaitan dengan gambar.
Pilih Kawan
Anda berhak samada untuk membuat approval atau memilih siapa untuk menjadi kawan kawan anda. Sekiranya anda rasa kawan anda tidak akan mengundang masalah pada anda dan keluarga jadi approvekan sahaja. Kalau sekiranya kawan anda boleh mengundang masalah pada anda jangan ragu ragu untuk gugurkan kawan anda dari senarai kawan anda.
Jadi untuk menentukan samada FB adalah tempat paling bahaya dalam dunia ataupun tidak ianya adalah terletak pada kita sendiri untuk menentukannya.
May 7, 2010 2 Comments
Beberapa Cara Yang Efektif Untuk Membina Link
Aku sangat tertarik dengan apa yang dijawab oleh Matt Cutts dalam video pendek ini. Didalam video ini Matt Cutts telah menjawab soalan seseorang yang bertanya pada beliau tentang cara yang efektif untuk membina link pada blog atau website.
Link building adalah sangat penting dalam blogging selain dari mempunyai “content” yang original. Glamor atau tidak sesuatu blog itu dapat diukur dengan backlink yang diterima oleh sesuatu blog itu.
Okay selamat menonton….
March 22, 2010 5 Comments
“Full Time” Blogger Sebagai Suatu Kerjaya
Menjana pendapatan dari internet kebanyakan orang menyangka ianya hanyalah sekadar kerjaya “part time” sahaja. Malahan ianya tidakpun dianggap sebagai kerjaya pun pada sesetengah orang.
Sedangkan menjana pendapatan dari internet sangat banyak cabang dan peluang, antaranya memilih blogging sebagai cabang menjana pendapatan. Berblogging dan memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah suatu kerjaya sebenarnya.
Masih ramai diantara kita tidak berani untuk membuat keputusan keluar dari kepompong dibelenggu dengan arahan orang atasan atau masih gemar untuk bekerja dengan orang lain. Jadi tepuk dada tanyalah kehendak masing masing. Hanya kita sahaja yang tahu dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita mahu sebenarnya.
Tidak ada salahnya memilih kerjaya sebagai blogger andai kata ianya adalah blogger sepenuh masa dan boleh menghasilkan pendapatan empat atau lima angka sebulan. Sekiranya pendapatan blogging lebih besar dari pendapatan kerja kita sekarang bolehlah kita pertimbangkan untuk menjadi blogger sepenuh masa.
Kalau kena gayanya kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sanagat lumanyan. Blogger sepenuh masa sangat bebas dengan rutinya sendiri. Bekerja pula hanyalah dari rumah. Masalah jalan sesak, kena marah dengan bos, dan segala masalah politik tempat kerja boleh dilupakan.
Masa untuk keluarga dan masa untuk melakukan aktiviti kesukaan kita dapatlah dibuat dan diberikan dengan sepenuhnya. Yang bestnya dapat tengok anak anak membesar depan mata sambil mencari nafkah untuk seisi keluarga dari rumah.
Impian aku untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa juga sedang aku usahakan. Ianya tidak pernah padam sebab kita dapat mengusai sepenuhnya jadual tugasan kita. Cabaran dan rintangan tetap ada sekiranya menjadi blogger sepenuh masa tetapi andai kata cabaran dan rintanagn ini diambil dengan sabar dan motivasi yang tinggi ianya pasti tidak menjadi masalah. Janganlah sesekali kita melihat masalah sebagai masalah kerana setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka yang telah menjadi blogger sepenuh masa.
March 18, 2010 4 Comments
Buat Apa Sahaja Dengan Blog Kita
Mempunyai blog sendiri adalah suatu yang seronok sebenarnya. Ini terutama bagi mereka yang sangat suka menulis dan meluahkan buah fikiran kedalam blognya sendiri.
Membaca blog blogger blogger lain juga adalah suatu yang menyeronokkan juga. Sebab itulah ada sestengah blog yang seolah olah seperti sebauh forum jadinya. Ini terjadi kerana blog blogger tersebut padat dengan informasi dan input input berguna. Tak kisah lah cerita kita itu berunsur peribadi atau pun tidak.
Menulis dan membaca blog orang lain ada suatu hobi yang dapat menjadikan kita semakin banyak pengalaman walaupun pengalaman itu kita kutip dari blog orng lain sebenarnya. Buat apa kita nak lalui pengalaman susah payah itu lebih baik kita baca dan jadikan sempadan untuk kita inplemenkan kedalam blog kita sahaja.
Bagi mereka yang ada blog sendiri bolehlah tulis apa sahaja yang kita suka asalkan penulisan kita tidak menyalahi undang undang dan tatasusila kemanusian sudah la. Kalau ada dendam sekalipun simpan dan lebih baik lagi tu buang jauh jauh, jangan kita lepaskan dalam blog kita.
Orang akan nilai seseorang blogger itu dari penulisan blogger itu. Apa yang kita fikir sebenarnya boleh diintepretasikan dalam penulisan kita sebenarnya. Penulisan adalah gambaran sebenar keperibadian sebenar blogger itu. Sebab utama untuk menggambarkan keperibadian blogger itu ialah IKHLAS dalam penulisannya.
Mungkin anda mempunyai pesepsi yang berbeza dalm mentejemahkan setiap penulisan itu. Terpulanglah kepada anda untuk menterjemah atau menilai sejauh mana keiklhlasan blogger blogger itu.
Kadang kadang kita ada rasa malu untuk meluahkan kedalam blog kita. Kenapa mesti kita malu, sedangkan blog kita itu kitalah yang membeli domainnya. Tulis sahaja apa yang kita rasa boleh dikongsikan dengan orang yang tidak penah kita kenal pun. Denagn penulisan jugalah kita akan menjadi kenal dengan pembaca setia blog kita.
Ingatlah wahai saudara saudaraku sekalian, walaupun blog kita buruk dan penulisannya lebih kurang sahaja pasti akan ada orang yang akan menjadi pembaca setia blog kita nanti. Akan ada dalam diam diam tu peminat kita sebenarnya.
Sekiranya kita dah ada blog dan membuat posting maka tidaklah rugi kit amembayar yuran tahun domain kita kalau kita tulis dan buat posting.
Jadi tulis sahajalah apa yang kita nak selagi kita tuan punya blog yang hakiki…….
March 13, 2010 2 Comments
Operatorblog dot net Bertukar Wajah
Semalam adalah hari yang seronok juga buat aku sebab aku dah berjaya menukarkan wajah operatorblog dot net. Kebanyakkan niche blog aku, aku buat header sendiri. Jadi aku cubalah untuk blog operatorblog dot net aku ni.
Aku seorang yang sukakan warna putih jadi aku masih mengekalkan elemen putih didalm template aku yang baru ni.
Untuk header kat atas adalah hasil kerja aku sendiri. Hasilnya membuatkan aku suka sangat, aku harap pengunjung operatorblog dot net juga suka akan template baru ni.
Itu belum aku gunakan apa yang terkandung didalam ebook reezluv berkenaan dengan design untuk header dan macam macam design lain lagi.
Jika anda ada sebrang komen atau cadangan silalah untuk menurunkan cadangan anda.
March 12, 2010 2 Comments
Pernahkah Anda Tahu Tentang SlideShare
Mungkin ramai diaantara kita yang sudah tahu tentang slidesahre dot net. Slidesahre dot net adalah sebuah laman web yang boleh digunakan untuk membuat presentation bagi memamasarkan blog kita.
Yang menariknya tentang slideshare, ianya boleh dityangkan dalam bentuk slide show dan pdf. Apa yang boleh dibuat dengan slideshare juga ialah ianya boleh di embbed kan kedalam blog posting kita.
Slideshare lebih kurang dengan youtube juga cuma youtube boleh menonton audio video sekali. Slideshare adalah tool untuk marketing yang berkesan untuk memarketkan blog kita untuk mendapatkan trafik percuma.
March 12, 2010 2 Comments
Blogging Tiket Ke Antarabangsa!
Bukan semua dari kita yang mahu dan berminat untuk blogging. Kalau mahu pun macam macam alasan yang kita bagi. Aku masa mula mula belajar blogging dan selepas berbulan bulan barulah aku dapat rasa yang blogging ni ada feel dia yang tersendiri.
Mula mula blogging aku cuma terfikir yang aku berblogging untuk orang malaysia sahaja. So identiti malaysia tu masih banyak la pada blog aku. Ini terutamanya pengunaan bahasa MALAYSIA. Termasuklah beberapa blog lain yang pernah aku usahakan…
Bila aku mula faham blogging adalah tiket ke antarabangsa jadi BAHASA MALAYSIA bukan lagi bahasa pengantar blog. Bahasa utama dalam blog adalah bahasa ENGLISH. Dengan bahasa ENGLISH baru kita boleh mendapt tiket untuk ke peringkat antarabangsa.
Maklum sahajalah kita ni, sedar sedar dah makan belacan so nak mengusahakan blog bahasa asing pulak lagilah masalah. Sebenarnya kalau kita usaha dan cari jalan penyelesaian untuk daptkan tiket blogging ke antarabangsa ni bukannya susah sangat.
Dengan blogging terutamanya dalam bahasa english perlulah ada minat, kesabaran dan konsisten yang tinggi dalam berblogging. Tanpa ada minat, kesabaran dan konsisten kita akan terus tinggalkan blogging macam tu sahaja.
Jadi untuk dapatkan tiket blogging ke antarabangsa kita perlulah belajar, sabar dan yang penting mencuba untuk blogging dalam bahasa english.
February 22, 2010 2 Comments
Handphone Boleh Sebabkan Tumor Otak
Handphone/cell phone atau dalam bahasa percakapan biasa kita handset adalah punca penyebab brain tumor ( Tumor Otak ).
Terkejut juga aku bila aku dengar sembang sembang pakcik pakcik kat kedai kopi(port lepak) waktu aku besarapan pagi tadi tentang bahayanya handset kita tu.
Teknologi pun kadang kadang mengundang bahaya juga kan.Maklumlah aku punya handset juga kan nak tolak teknologi pun tak boleh juga. Tapi bila difikirkan bahaya sangat pasal brain tumor ni mestilah kita kena ambil kisah sikit.
Brain tumor/ tumor otak berpunca dari handphone telah banyak dibuat kajian oleh professor professor dari universiti luar negara. Yang paling terbaru ialah salah seorang professor dari Sweden telah membuat kajian dan membentangkan hasil kajiannya tentang bahaya pengunaan handset dan mengakibatkan tumor otak.
Awas pada mereka mereka yang suka handset lama lama! Jangan sampai handset melekat dekat telinga tu sebab salah satu faktor ialah waktu penggunaan yang terlalu lama. Gelombang kacau ma……..
Kemungkinan besar untuk mempunyai kurang daya ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan juga boleh berlaku.
Orang kita sambil memandu dan menunggang motor pun boleh sibuk dok main telefon lagi….MALAYSIA BOLEH…….Kemalangan pun banyak disebabkan oleh pengunaan handphone.
January 15, 2010 1 Comment

