Category — blogging
Ada Apa Dengan Gambar dan Blogger
Blogger kadang kala adalah mereka yang berminat dengan dunia fotografi dan gambar gambar. Bukan semua blogger ada minat dengan fotografi sebab blogging dan fotografi adalah dua dunia yang berbeza.
Apa yang aku nak bincangkan dalam artikel ini ialah gambar yang ditangkap sendiri atau yang didownload oleh blogger boleh membawa polis trafik secara percuma dan kualitin ke blog atau wesite kita.
Gambar adalah tool yang baik untuk mendapatkan trafik bagi blog atau website. Website atau blog yang mempunyai gambar adalah lebih menarik berbanding blog atau website yang langsung tiada gambar.
Orang akan lebih mudah tertarik dan melekat dengan gambar dan grafik yang menarik dalam sesuatu blog atau website.
Tidak dinafikan juga sebab bukan semua blogger adalah jurukamera ataupun mempunyai kamera untuk menangkap gambar. Kalau kita tiada minat atau bakat dalam bidang fotogarifi, bolehlah download ja untuk mendapatkan gambar gambar tersebut.
Gambar gambar yang ditangkap bolehlah di masukkan dalam fotobucket,flickers dan banyak lagi tempat simpan gambar secara online. Kita juga boleh memilih untuk masukkan ketempat berbayar ataupun percuma. Disinilah kita boleh membawa trafik ke blog atau website kita, hasil dari gambar yang kita up loadkan.
Dengan gambar yang menarik, manalah tahu kalau kalau kita dapat menjual gambar gambar yang kita tangkap. Bukan kata trafik, duit pun boleh kita dapat dengan gambar gambar yang kita tangkap tu sekiranya ada yang berminat dengan gambar gambar tadi.
P/S:Sekiranya kita download gambar kepunyaan orang lain pastikan kita tidak salah di sisi undang undang.
January 9, 2010 No Comments
5 Sebab Kenapa Gagal Ada Blog Yang Boleh Jana Income
Aku baru baru ni kena soal siasat oleh kawan kawan aku yang nak sangat tahu aku tengah buat apa dengan internet sampai kadang kadang macam tak jadi orang.
Aku tanya depa pasai apa tak jadi orang plak. Jawapan depa ialah aku dok keja mengadap ngan PC aku ja. Tak mau kawan ngan orang lansung. Depa kata aku ni SOSIALIS ANTI SOCIAL. Depa tak tahu yang aku tengah bersosial dengan mat mat saleh dan minah minah saleh dalam internet tu sebenarnya.
Lepas tu mula depa tahu yang aku tengah sibuk tulis artikel dan mencari info info untuk niche blog aku. Mulalah depa kata aku pun ada blog juga tapi tak penah pun dapat duit dari blog.
Aku tak mahu buat personal coaching kat sini cuma aku nak higlightkan yang pada kau ada lima sebab kenapa bila ada blog tapi masih gagal dapat income walaupun RM satu pertama.
Tak dinafikan member member aku ni pun ada blog sendiri juga tapi dalam kehendak sendiri sahajalah. Madsud aku bukan ada saluran astro blog berbayar ataupun dot com sendiri. Itu sebab PERTAMA yang boleh diambil kira.
Sebab KEDUA ialah minat. Mungkin minat kita semua tak sama diantara satu sama lain. Bukan semua ornag suka sangat dok mengadap depan PC macam nak tekeluaq biji mata. Jadi kalau ada MINAT + KESUNGGUHAN = KEJAYAAN. Lambat atau cepat kejayaan tu kena sabar sabar dulu ja bang..
Duit kadang kadang menjadi ancaman besar juga dalam menetukan kejayaan blogging ini. Kadang kadang bila kita terlalau menanti duit masuk tu sakit juga. Mana tak sakitnya dok mengharap duit sahaja tapi duit tak uga masuk masuk, maka angkat kaki dan lambung sahaja dari industri blogging ni. Duit lambat atau tak masuk langsuung jugalah penyebab KETIGA orang akan mula serender.
Bahasa melambangkan bangsa, kalau kita tulis blog dalam english tak ada salahnya. Makan belacan juga kita, tak ada jadi orang putihnya kita. Kita nak amik duit orang putih sikit balik ja, depa amik duit tanah tercinta kita ni pun banyak sangat dah.Sebab KEEMPAT kita kena blogging dalam english lah buat kita terbantut. Kalau kena gaya dan cara insyaallah tidak ada masalah.
Sebab KELIMA pada pandangan aku ialah kita tidak BERTINDAK walaupun kita boleh cari jalan untuk jana duit dari blogging dan sebagainya dari internet. Sekiranya kita bertindak dan sabar dalam usaha kita aku yakin pasti akan ada kejayaan suatu masa nanti.
Ada banyak lagi sebab dan musabab yang sama sama kita kena cari dan selesaikan. Sama sama kita pikiaq no…..
January 3, 2010 1 Comment
Niche Blog Dah Dapat PR Suatu Permulaan Baik 2010
Awal tahun 2010 ni adalah berita yg agak menggembirakan aku, sebab beberapa blog aku dalam arena blogging “niche blog” telah mendapat duit PR. Kira usaha dalam niche blog ni dah ada sedikit petunjuk yang baik.
Goolge telah update PR pada hujung bulan December yang lalu. Mungkin ada diantara blog anda juga telah mendapat PR pada blog masing masing.
Tahniah dan selamat maju jaya pada anda yang telah memperolehi PR dari Uncle Goolgle.
Bagi yang berkecimpung dalam niche blogging kena la usahakan bagi mendapatkan PR yang baik sebab kita akan semakin boleh pergi lebih jauh setelah niche blog kita mendapat PR.
Bila dah dapat PR untuk niche blog, maka aku harus lebih FOKUS dalam menjana pendapatan dari blogging. Thanks Uncle G…
January 2, 2010 No Comments
Jom P Langkawi!
Saudara Wanmus telah mengeluarkan satu lagi report PERCUMA untuk untuk dibagikan kepada semua kita. Beliau juga menyediakan beberapa tawaran menarik untuk dimenangi. Tajuk laporan PERCUMA beliau ialah 101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan laporan percuma dari beliau kerana mungkin anda berpeluang untuk melancong ke langkawi juga tu…
Dapatkan laporan PERCUMA ini untuk memastikan anda dapar belajar strategi yang beliau turunkan dalam laopran yang beliau sediakan.
Yang penting sekali anda boleh juga menyahut cabaran yang beliau sertakan kepada anda sebagai agent PPL, antara syarat syarat dan hadiah hadiah menarik dari beliau ialah :
Syarat-syarat:
1- PPL ini tidak disertakan bayaran komisyen, hanya hadiah disediakan untuk sesiapa yang berjaya mendapatkan lead tertinggi dalam masa 2 HARI
2- Hadiah juga disediakan untuk 4 orang pemenang cabutan bertuah.
3- Untuk cabutan bertuah, anda hanya perlu mendapat 2 lead untuk membolehkan nama anda tersenarai dalam cabutan bertuah nanti.
Hadiah :
1- Penginapan 2 Hari 1 Malam di Langkasuka Beach Resort Langkawi ( RM140)
2- Wang saku RM 100 (shopping shoppinglah)
Hadiah kedua: Wang saku RM 70
Hadiah ketiga: Wang saku RM 40
Hadiah keempat: Wang saku RM 20
Hadiah kelima: Wang saku RM 10
Hadiah cabutan bertuah: (manalah tahu kot anda seorang yang bertuah,anda boleh dapat)
2X 1GB Web Hosting untuk setahun (RM100)
2X domain .com percuma setahun (RM70)
Apa tuggu lagi anda dah boleh start kongsikan dengan kawan kawan anda dan kawan kawan anda kongsikan dengan kawan kawan mereka.Download sekarang dan start sahut cabaran PLL yang beliau sediakan,jangan tunggu sampai tarikh untuk sahut cabaran PPL tamat pulak.
Last untuk menerima cabaran Wanmus ialah 29/10/09 – 11.59 pm.
October 28, 2009 No Comments
Blogger membaca adalah blogger berjaya!

Blogger membaca adalah blogger berjaya ! Macam kempen ja bunyainya, tapi itu lah kenyataan yang perlu ada pada setiap dari kita bukan hanya mereka yang bergiat dalam bidang blogging sahaja.
Dengan membaca maka akan wujudnya suatu budaya,budaya itu ialah cintakan ilmu. Bukan hanya sekadar ilmu blogging sahaja tapi segala ilmu yang kita baca mesti tempias hasil dari pembacaan kita, kita akan dapat jua walaupun sedikit. Jadi pilih lah membaca untuk dijadikan budaya dan suatu pengembaraan baru buat minda kita.
Membaca akan membawa kita kepada suatu pengalaman baru dan dapat membentuk jati diri berterskan ilmu hasil dari pengamatan dan pembacaan kita. Kalau kita teliti ramai dari orang orang yang berjaya dan mereka mereka yang bergelar jutawan juga banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Dari pembacaan merekalah mereka mula membentuk jadi diri dan memulakan pengembaraan mereka kepada kejayaan yang lebih besar.
Dalam agama kita pun, junjungan Nabi Muhammad S.A.W buat pertama kali bertemu dengan Jibril A.S disuruhnya ‘BACALAH’.Ternyata tuntutan agama kita untuk membaca adalah bertujuan untuk menghilangkan kegelapan dalam kehidupan manusia dan seterusnya membina suatu kejayaan yang gilang gemilang. Tuntutan membaca dan mengkajilah telah menyerlahkan cendikiawan Islam dan mereka disanjung sehingga akhir zaman.
Budaya membaca dan diadaptasikan didalam penulisan blog bukan bertujuan untuk memcari GLEMOR atau POPULAR tetapi ianya adalah untuk perkongsian ilmu dan wacana percambahan minda untuk dikongsikan bersama.Halatuju blogger juga akan menjadi lebih jelas bila budaya membaca dijadikan keutamaan dalam menjadikan blogging sebagai hobi yang sangat berfaedah dan tidak menjemukan.
Janganlah kita terlau berkira untuk membeli buku buku dan meluangkan masa untuk membaca. Sifat kedekut untuk mendapatkan ilmu semestinya akan menjumutkan pemikiran kita dan menggalakkan KEGAGALN yang berpanjangan. Kesempatan untuk mengetahui akan pengalaman dari orang lain juga terbantut, dan sanggupkah kita melalui pengalaman kegagalan orang lain dalam diri kita tanpa ada panduan dan pedoman yang berpanjangan.
Sekurang kurangnya kalau kita gagal sekali pun dapatlah kita belajar dari pengalaman orang lain dan membetulkan kegagalan kita dengan masa yang tidak dibazirkan begitu sahaja dengan kegagalan demi kegagalan. Kegagalan memang merupakan suatu pengalaman yang berguna buat kita tetapi dalam dunia yang serba pantas ini adalah lebih baik kita kurangkan masa yang dibazirkan untuk gagal itu ditukarkan kepada kejayaan demi kejayaan.
Jom sama kita tanamkan budaya membaca agar dia segar bugar kat dalam diri kita ni dan kejayaan menjadi milik kita bersama…
October 27, 2009 3 Comments
Blogging bukan skim cepat kaya!
Ramai di kalangan masyarakat malaysia yang tahu dengan kuasa internet dapat menjana pendapatan dengan mudah. Sehinggakan blogging pun dianggapkan sebagai skim cepat kaya pun ada.
Tanggapan blogging adalah skim cepat kaya adalah meleset sama sekali. Blogging adalah suatu model perniagaan internet dan ianya perlulah dijalankan seperti perniagaan internet lainnya.
Sebelum menghukum sesuatu itu skim cepat kaya kita perlulah menilai dan meneliti apakah yang sedang diperbuat dalm urusan perniagaan itu.Bank negara menyifatkan skim cepat kaya adalah sesuatu yang lazimnya memberikan pulangan besar dari pelaburan yang yang kecil serta bebas dari risiko.
Sudah tentulah dari aktiviti blogging mempunya risiko sendiri. Kalau kita tidak update blog kita dan blog tiada pengunjung mesti risiko untuk tidak ada pendapatan akan ada bukan. Ini kerana setiap pengujung memerlukan informasi yangsegar bugar.
Hasil pendapatan dari blogging adalah agak lambat sedikit jadi kena la banyak besabar dan istiqamah dalam menjadikan blogging adalah perniagaan. Janganlah kita mengharap balasan yang besar dengan usaha yang ciput ja.Secara logiknya modal besar mesti bayar besarkan.
Dalam dunia blogging sangat sangatlah dituntut akan kesabaran dari dalam diri blogger itu. Bukan hanya dalam satu malam kita mula menulis dan akan terus mendapat pendapatan yang besar seperti skim cepat kaya yang sering digembar gemburkan dalam media media sekarang ini.
Secara purata pendapatan dari aktiviti blogging adalah berkisar dari program pengiklanan,menulis review,dan bebrapa program lainnya.Program pengiklanan yang dipaparkan didalam blog blog blogger adalah dari program pengiklanan dari dalam malaysia dan antarabangsa.
Bak kata guru aku blogging bukan boleh jadi jutawan tapi boleh lah senang sikit.Kalau senang sikit okey lah kan kalau nak dibandingkan dengan duit hangus macam tu sahaja. Habuk pun takdak dan last sekali begaduh abis laki bini, susahkan kalu sampai jadi macam itu kalau kita taksub sanagat denagn skim cepat kaya.
jadi lebih baik kita menyesal sebelum daripada kita menyesal selepas kan.!!!!?
October 26, 2009 No Comments

