operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Category — uncategories

Operatorblog dot net Bertukar Wajah

Semalam adalah hari yang seronok juga buat aku sebab aku dah berjaya menukarkan wajah operatorblog dot net. Kebanyakkan niche blog aku, aku buat header sendiri. Jadi aku cubalah untuk blog operatorblog dot net aku ni.

Aku seorang yang sukakan warna putih jadi aku masih mengekalkan elemen putih didalm template aku  yang baru ni.

Untuk header kat atas adalah hasil kerja aku sendiri. Hasilnya  membuatkan aku suka sangat, aku harap pengunjung operatorblog dot net juga suka akan template baru ni.

Itu belum aku gunakan apa yang terkandung didalam ebook reezluv berkenaan dengan design untuk header dan macam macam design lain lagi.

Jika anda ada sebrang komen atau cadangan silalah untuk menurunkan cadangan anda.

Share/Save/Bookmark

March 12, 2010   2 Comments

Handphone Boleh Sebabkan Tumor Otak

Handphone/cell phone atau dalam bahasa percakapan biasa kita handset adalah punca penyebab brain tumor ( Tumor Otak ).

Terkejut juga aku bila aku dengar sembang sembang pakcik pakcik kat kedai kopi(port lepak) waktu aku besarapan pagi tadi tentang bahayanya handset kita tu.

Teknologi pun kadang kadang mengundang bahaya juga kan.Maklumlah aku punya handset juga kan nak tolak teknologi pun tak boleh juga. Tapi bila difikirkan bahaya sangat pasal brain tumor ni mestilah kita kena ambil kisah sikit.

Brain tumor/ tumor otak berpunca dari handphone telah banyak dibuat kajian oleh professor professor dari universiti luar negara. Yang paling terbaru ialah salah seorang professor dari Sweden telah membuat kajian dan membentangkan hasil kajiannya tentang bahaya pengunaan handset dan mengakibatkan tumor otak.

Awas pada mereka mereka yang suka handset lama lama! Jangan sampai handset melekat dekat telinga tu sebab salah satu faktor ialah waktu penggunaan yang terlalu lama. Gelombang kacau ma……..

Kemungkinan besar untuk mempunyai kurang daya ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan juga boleh berlaku.

Orang kita sambil memandu dan menunggang motor pun boleh sibuk dok main telefon lagi….MALAYSIA BOLEH…….Kemalangan pun banyak disebabkan oleh pengunaan handphone.

Share/Save/Bookmark

January 15, 2010   1 Comment

SEO (search engine optimization) tidak seringkas SEO

operatorblog.net seo

operatorblog.net seo

SEO madsud penuhnya ialah search engine optimization.Sebelum memulakan sebarang aktiviti berkaitan dengan blogging dan website semestinya kita tahu serba sedikit berkenaan dengan seo(search engine optimization).Ini kerana bukan semudah dan seringkas SEO sahaja tapi memberikan kepentingan yang sangat besar maknanya.

SEO  membolehkan website itu dibaca dan muncul didalam enjin carian dengan baik .Google, Yahoo, MSN , ASK dan beberapa enjin carian lain adalah beberapa contoh enjin carian yang popular.Ianya akan membuatkan ia muncul di carian teratas,diindex dalam enjin carian adalah berdasarkan isi kandungan dan fokus didalam sesuatu website itu.Semuanya dilakukan oleh SEO bagi menentukan samaada berada diposisi teratas enjin carian dan mesranya sesuatu enjin terhadap website tersebut.Secara teknikalnya SEO adalah memerlukan kreativiti sesorang dalam menrencanakannya.

Kebolehan sesorang induvidu mengusai SEO akan membuatkan sesebuah blog atau website itu  lebih mesra kepada enjin carian.”seo optimizer” lebih sesuai kepada mereka mereka yang pandai dan sangat mengusai seo.Kalau kita agak agak tak boleh nak bagi blog kita lebih mesra enjin carian, kita upah ja seo optimizer.Ini kerana seo optimizer penting dalam aspek teknikal,dapatkan nasihat,nak review content,intallation script dan segala aspek pengurusan dalam menjayakan promosi sesuatu blog atau website itu.Barulah marketing  sesuatu perniagaan online itu dapat ditingkatkan.Jadi pada mereka mereka yang nak membina blog atau website baru kenalah belajar dan praktikkan seo macam seorang seo optimizer.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Memang sakit bila sakit gigi

sakit gigi

sakit gigi

Dah tiga hari dah aku rasa semacam ja kat gigi aku ni.Aku dah dapat agak dah akan diagnosis kat gigi ni.Tapi saja layan sakit tu dan memang tak boleh tahan dengan penangannya.

Hari ini aku telah selamat  berjumpa dengan dentist kat klinik gigi dekat dengan tempat aku.Nanti hari khamis aku sekali lagi akan berdating dengan dentist tu sambil mulut aku tenganga la jawabnya.Mesti sakit kan masa procidure skalling dijalankan.Sabar dan tenang ja la menanti masa nak sua mulut kat dia tu….

Tak syak lagi aku didiagnos sebagai gigivitis.Ia berlaku akibat banyak sangat plak kat gigi.Bukannya tak jaga tapi mungkin aku banyak hisap rokok sangat kot.Lelaki moden la katakan….Lepas tu air kosong pulak kurang minum,mananya tak mudah dapat jangkitan kat gigi dan gusi aku.

Bagi mereka mereka yang ada gigi yang cantik dan berseri seri tu jaga la oral hygiene tu dengan baik.Kalau tak jaga semua keja terganggu disebabkan sakit gigi.Tuhan ja yang tahu sakitnya.Kalau dok sorang sorang mesti teriak la jawabnya.Kurangkan hisap rokok, berhenti terus lagi bagus.Banyakkan minum air dan jaga pemakanan dengan memakan makanan seimbang.

Pesanan dari penaja, gigi cantik senyuman menawan………

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Affiliate

affiliate percentage

affiliate percentage

Program affiliate pada  adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha – pengusaha laman web.

Kebiasaannya, untuk menjadi agen pemasaran (affiliate marketer) menerusi program affiliate yang ditawarkan adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, terdapat juga program affiliate tertutup yang mana hanya pembeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan sahaja dapat mempromosikannya melainkan anda dapat meyakinkan pengusaha bahawa anda berkemampuan untuk melakukan pemasaran terhadap produk mereka. Antara perkara yang dapat meyakinkan pengusaha adalah dengan memberi bukti bahawa anda memiliki sejumlah senarai prospek yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan pengusaha tersebut.

Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan. Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% – 70%.

Produk fizikal kebiasaannya mempunyai peratus komisyen yang lebih rendah iaitu antara 5% – 30%. Ini adalah berikutan kos bagi produk fizikal adalah besar jika dibandingkan dengan kos produk digital.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Kedatangan Gelombang kedua H1N1

Oktober dah dekat,jadi ka jangkaan akan kedatangan gelombang kedua H1N1.Sampai hari ini pun masih ramai kematian telah dilaporkan.Hampir seratus kalau dibundarkan.Dah la penyakit ini mudah  berjangkit so semua kita berisiko untuk dijangkiti sekiranya gelombang kedua ini betul betul berlaku.

Apa yang penting sebelum penyakit H1N1 dengan gelombang yang kedua mai kita seharusnya bersedia dengan pemahaman mengenai penyakit ini terlebih dahulu.Cari la input input berkenaan penyakit H1N1 kat dalam web KKM yang paling mudah sekali.Lagipun input kat dalam web KKM telah disediakan oleh mereka yang pakar berkenaan penyakit tersebut.

Apa yang kita kena buat ialah lebih perihatin dengan masalah kesihatan kita terutama bagi mereka mereka yang berisiko (comorbid) tinggi seperti mereka yang ada diabetes,obisity,asthma,hypertension dan penyakit penyakit lain.Mencegah lebih baik dari berubat terutamanya dalam jangkaan akan kedatangan gelombang kedua H1N1.Sikap lebih peka dan perihatin juga amat perlu untuk bagi mengurangkan jangkitan penyakit H1N1.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Indahnya Hari Raya

Syukur alhamdullilah dapat gak kita beraya dengan keadaan yang cukup sempurna pada tahun ni.Malaysia la katakan sentiasa mewah dalam apa saja sambutan perayaan.Tidak kurang dan tidak dilupai,ada juga saudara saudara kita yang tidak dapat menyambut hari bahagia ini dengan sempurna seperti orang lain.

Hari raya ni sangat bermakna buat aku kalau nak dibandingkan dengan tahun tahun yang lepas tu.Tak tau la mungkin bila umur tu makin meningkat tu kita semakin menghargai kot setiap detik yang berlalu tu.Mana taknya setiap detik diisi dengan sempurna dan bermakna sekali pada hari raya ni.Kalau dulu tu tidoq sepanjang hari pun tak ada masalah apa pun.

Kehadiran adik beradik aku yang lain cukup bermakna sekali pada tahun ni sebab dah lama dah kami tak beraya macam masa kami kecik kecik dulu.Aku dengan adik beradik aku semuanya pusing abis di kawasan kejiranan kami.Semuaumah kat dekat dekatt kami tu kami p.Bukan sebab duit raya ka pa ka, semuanya atas dasar persaudaraan dan kejiranan yang perlu dieratkan semula.Dah lama dah semangat persaudaraan dan kejiranan tu tawar.So ni lah masanya untuk kita manis manis kan balik semangat yang hilang tu.Sememengnya penyatuan tu penting dan pengekalan semangat tu sangat bermakna terutama bagi kita kita yang tinggal di kampong.Kenangan ni membuatkan aku rasa puas dan indah walaupun balik kampong sat saja.

Penghayatan hari raya dalam madsud tersiratnya perlulah kita hayati,tak kira la walau macammanapun yang kita beri.Setiap orang  ada tanggapan sendiri dan memberikan madsud untuk diri sendiri.Aku memberikan tafsiran kemenangan untuk diri sendiri setelah yang bersusah payah melawan segala macam dugaan dan rintangan sepanjang bulan puasa.Aku yakin yang selepas kepayahan kesusahan mesti ada kesenangan selepasnya.Pada aku , hari raya memberikan motivasi dan keyakinan pada diri aku supaya yakin akan selelpas susah mesti ada senang setelah kita berusahadengan sepenuh hati dan jiwa kita.

Share/Save/Bookmark

January 11, 2010   No Comments

Jom P Langkawi!

Saudara Wanmus telah mengeluarkan satu lagi report PERCUMA untuk untuk dibagikan kepada semua kita. Beliau juga menyediakan  beberapa tawaran menarik untuk dimenangi. Tajuk laporan PERCUMA beliau ialah 101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan laporan percuma dari beliau kerana mungkin anda berpeluang untuk melancong ke langkawi juga tu…

Dapatkan laporan PERCUMA ini untuk memastikan anda dapar belajar strategi yang beliau turunkan dalam laopran yang beliau sediakan.

Yang penting sekali anda boleh juga menyahut cabaran yang beliau sertakan kepada anda sebagai agent PPL, antara syarat syarat dan hadiah hadiah menarik dari beliau ialah :

Syarat-syarat:

1- PPL ini tidak disertakan bayaran komisyen, hanya hadiah disediakan untuk sesiapa yang berjaya mendapatkan lead tertinggi dalam masa 2 HARI

2- Hadiah juga disediakan untuk 4 orang pemenang cabutan bertuah.

3- Untuk cabutan bertuah, anda hanya perlu mendapat 2 lead untuk membolehkan nama anda tersenarai dalam cabutan bertuah nanti.

Hadiah :

1- Penginapan 2 Hari 1 Malam di Langkasuka Beach Resort Langkawi ( RM140)

2- Wang saku RM 100 (shopping shoppinglah)

Hadiah kedua: Wang saku RM 70

Hadiah ketiga: Wang saku RM 40

Hadiah keempat: Wang saku RM 20

Hadiah kelima: Wang saku RM 10

Hadiah cabutan bertuah: (manalah tahu kot anda seorang yang bertuah,anda boleh dapat)

2X 1GB Web Hosting untuk setahun (RM100)

2X domain .com percuma setahun (RM70)

Apa tuggu lagi anda dah boleh start kongsikan dengan kawan kawan anda dan kawan kawan anda kongsikan dengan kawan kawan mereka.Download sekarang dan start sahut cabaran PLL yang beliau sediakan,jangan tunggu sampai tarikh untuk sahut cabaran PPL tamat pulak.

Last untuk menerima cabaran Wanmus ialah 29/10/09 – 11.59 pm.

Share/Save/Bookmark

October 28, 2009   No Comments

Blogger membaca adalah blogger berjaya!

Blogger membaca adalah blogger berjaya ! Macam kempen ja bunyainya, tapi itu lah kenyataan yang perlu ada pada setiap dari kita bukan hanya mereka yang bergiat dalam bidang blogging sahaja.

Dengan membaca maka akan wujudnya suatu budaya,budaya itu ialah cintakan ilmu. Bukan hanya sekadar ilmu blogging sahaja tapi segala ilmu yang kita baca mesti tempias hasil dari pembacaan kita, kita akan dapat jua walaupun sedikit. Jadi pilih lah membaca untuk dijadikan budaya dan suatu pengembaraan baru buat minda kita.

Membaca akan membawa kita kepada suatu pengalaman baru dan dapat membentuk jati diri berterskan ilmu hasil dari pengamatan dan pembacaan kita. Kalau kita teliti ramai dari orang orang yang berjaya dan mereka mereka yang bergelar jutawan juga banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Dari pembacaan merekalah mereka mula membentuk jadi diri dan memulakan pengembaraan mereka kepada kejayaan yang lebih besar.

Dalam agama kita pun, junjungan Nabi Muhammad S.A.W buat pertama kali bertemu dengan Jibril A.S disuruhnya ‘BACALAH’.Ternyata tuntutan agama kita untuk membaca adalah bertujuan untuk menghilangkan kegelapan dalam kehidupan manusia dan seterusnya membina suatu kejayaan yang gilang gemilang. Tuntutan membaca dan mengkajilah telah menyerlahkan cendikiawan Islam dan mereka disanjung sehingga akhir zaman.

Budaya membaca dan diadaptasikan didalam penulisan blog bukan bertujuan untuk memcari  GLEMOR atau POPULAR tetapi ianya adalah untuk perkongsian ilmu dan wacana percambahan minda untuk dikongsikan bersama.Halatuju blogger juga akan menjadi lebih jelas bila budaya membaca dijadikan keutamaan dalam menjadikan blogging sebagai hobi yang sangat berfaedah dan tidak menjemukan.

Janganlah kita terlau berkira untuk membeli buku buku dan meluangkan masa untuk membaca. Sifat kedekut untuk mendapatkan ilmu semestinya akan menjumutkan pemikiran kita dan menggalakkan KEGAGALN yang berpanjangan. Kesempatan untuk mengetahui akan pengalaman dari orang lain juga terbantut, dan sanggupkah kita melalui pengalaman kegagalan orang lain dalam diri kita tanpa ada panduan dan pedoman yang berpanjangan.

Sekurang kurangnya kalau kita gagal sekali pun dapatlah kita belajar dari pengalaman orang lain dan membetulkan kegagalan kita dengan masa yang tidak dibazirkan begitu sahaja dengan kegagalan demi kegagalan. Kegagalan  memang merupakan suatu pengalaman yang berguna buat kita tetapi dalam dunia yang serba pantas ini adalah lebih baik kita kurangkan masa yang dibazirkan untuk gagal itu ditukarkan kepada kejayaan demi kejayaan.

Jom sama kita tanamkan budaya membaca agar dia segar bugar kat dalam diri kita ni dan kejayaan menjadi milik kita bersama…

Share/Save/Bookmark

October 27, 2009   3 Comments