Domain blog anda adalah aset dan pelaburan berharga anda

operatorblog.net adalah aset
Memiliki nama domian yang unik dan menarik adalah menjadi idaman setiap orang pada mula mula nak terjun ke dunia blogging dan pernigaan internet.Ada yang amik masa berhari hari berfikir untuk mendapatkan nama domain yang terbaik dan unik.
Dalam pemilihan nama domain perkara utama yang perlu diambil kira ialah ianya merupakan aset yang memberikan nilai untuk jangka masa panjang dan memberikan nilai sentimental kepada pemiliknya.Aku juga mengambil pendekatan itu bagi tujuan tersebut.Ada yang lebih gemar menggunakan nama mereka sendiri dalam membina jenama pada blog mereka.Nama domain operatorblog.net digunakan setelah memikirkan untuk menggunakan nama aku sendiri ianya telah diambil orang akibat dari tindakan yang lambat so tidak dapatlah membelinya.Jadi pada mereka yang mempunyai nama domain yang unik dan menarik cepat cepatlah bertindak, jangan sampai ianya diambil oleh orang lain.
Walaupun ianya adalah aset kepada kita namun ada juga yang masih takut untuk membuat pelaburan untuk memiliki nama domain yang unik dan menarik.Yuran yang dikenakan untuk sesuatu nama domain hanyalah untuk tahunan sahaja.Memiliki nama domain adalah suatu pelaburan yang tidak rugi untuk jangka masa panjang.Anda boleh memilih untuk meletakkan dot com, dot net, dot org, dot info,dot biz,dot ws dan dot yang lebih kurang dengannya.Tidak mustahil nanti suatu masa sekiranya kita memikirkan untuk menjualnya ianya mampu dijual dalam kadar harga yang berbaloi kelak.
Kewujudan nama domain akan membenarkan pengguna internet lain masuk ke blog anda dan mengetahui apa yang sedang anda jalankan.Ianya akan menggambarkan keseluruhan aktiviti anda samada anda seorang usahawan internet,blogger,ahli politik dan segala macam yang sama waktu dengannya.Jadi pelawat kita tak tersesat semasa ingin membuat lawatan sambil belajar ke laman blog atau web kita.
selamat memiliki nama domain yang unik dan menarik

