
sunset langkawi
Langkawi siapa tidak penah pergi,sila jatuh tangan..Nampaknya semua tidak pernah pergi la ke langkawi.Ceritanya macam ini.Langkawi ialah kampung halaman aku.
Setiap kali nak balik kampung mesti terasa best sangat sangat.Mesti la kan,tempat jatuh mesti la lagi dikenang.Aku bila balik kampung mesti layan macam pergi bercuti punya.
Ala ala pelancong,layan gila.Korang pun mesti ada kampung halaman yang korang sayang kan.Terutama kampung halaman korang tempat yang ramai orang datang melancong.Sebab itu aku layan macam pelancong sebab aku suka dan jatuh cinta sangat dengan langkawi.
Empat hari kat kampung macam tak puas ja.Banyak masa yang kena dihabiskan bersama mak dan ayah kat kampung.Beruntung lah mereka mereka yang bekerja dekat dengan mak ayah dan kampung halaman.
Kalaulah aku dah boleh hasilkan pendapatan yang stabil dari internet mesti aku akan balik duduk dekat dengan orang tua aku.Boleh tengok tengok depa dan bantu keperluan depa,maklumlah depa dah berumur cikitkan.
Bila kita dah bebas dalam masalah kewangan mesti banyak benda yang boleh kita buat kan.Bukan sekadar pergi bercuti dekat langkawi yang menarik dan istimewa pada diri aku ni.Kita bebas untuk melancong ke mana mana sahaja ikut kemahuan kita.Sebut sahaja tempat tempat menarik lain,mesti kita mampu untuk pergi.

langkawi
Kalau dapat balik langkawi duit tak banyak pun tak ada hal pada aku.Yalah kampung aku kan bukan nak kena sewa ka pa pun.Tempat tidur sentiasa free ja.Pada aku bila suasana tenang jiwa pun tidak serabut sangat.Takut juga aku bila duit banyak jiwa pula serabut.
Masa zaman aku sekolah sekolah dulu petang petang aku dan geng geng aku selalu lepak kat pantai.Pantai tu mesti korang tak penah dengar punya bagi mereka yang penah ke langkawi.”Pantai Mat Kabok” penah dengar tak,amacam bes tak nama tu.
Smapai la ni pun kalau balik aku akan pergi juga ka pantai.Amik angin laut sambil lepak lepak.Bes juga sekali sekala amik angin laut ini.
Kalau korang duduk kat bandar bandar besar pun mesti seronok kan bila dapat pergi bercuti kat tempat tempat berehat yang ada pantai sambil tengok pemandangan laut yang cantik sangat.So amik la peluang pergi bercuti tak kisah la kat mana mana pun.Kalau aku mestilah aku pilih langkawi sebab pemandangannya best sangat.

SALADIN
4 months ago
one step forward….cam tak caya ang leh wat blog camni… teruskan usaha.. emm, langkawi memang bes..ang terlupa cta, masa zaman sek ada 1 lagi tempat (pantai) yang kita selalu lepak, ‘di sebalik awan’!! pastu zaman berubah kita bergerak ke penghujung rindu.. kalo di kenang, semuanya sronok..bak kata dalam lirik lagu melayu, ‘andai dapat ku undurkan putaran dunia……………pasti ku ingin kembali ke masa tu..
admin
4 months ago
yup terlupa pasal balik awam tu…tempat yang santai dan menarik tu kita tak sempat lepak lama kat situ.masa tu kita dok lepak kat situ sat sat ja….memang pantai pantai tu membawa seribu makna buat zaman remaja.nescaya kalau dunia boleh berubah kembali kezaman tu aku pasti akan pilih zaman tu…malangnya masa sentiasa tak pernah menanti kita walau sesaat pun..
Andak
4 months ago
Yoo ooo la ang..time keja pun ang cuti gak musti la bes.tau la langkawi tu destinasi pelancongan terkenal. Ang rasa-rasa la kan, apa lagi keperluan yang masih tidak mencukupi di langkawi untuk memenuhi ’standard’ nya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa?.Klu ada bgtau la kita usahakan apa yang perlu sekadar termampu.
P/s: Sampai bila tengok orang lain ja berjaya, JELOUS LOOO
admin
4 months ago
cuti mesti la balik kampung bro…masa cuti mesti di manfaat sepenuhnya..terutama sekali kat langkawi ni..nanti difikir fikir dan timang timangkan idae pa yang boleh di buat nanti..
ros
1 month ago
salam…zamir..
wah..rajin berblog jugak ek..blh jadi sifu nih..hehehhehe….
admin
1 month ago
wslm…….
minat bukan da pa pun ros oi….lm x tgr hbaq……..insyaalah…….
sangilapi
3 weeks ago
baru berkesempatan jengok blog hang,mir…area situ ada dive point yg cun2?..klu pot rahsia lg best-org luar x tau,hanya org tempatan je yg tau pot tu.
admin
3 weeks ago
tq bro sbb mai blog aku….aku mmg tgu bro mai pun..wakakakak……….rasa rasanya xda kot secret diving point kat langkawi tu…..tempat2 yg bes tu mmg sudah biasa orng p…….kalau aku la bro ada la tempat tapi tempat tu aku p tembak ikan….:)