
risiko internet
Internet adalah suatu yang sangat penting dan berguna dalam zaman yang serba canggih dan penuh berteknologi sekarang ini.Tetapi adakah ianya sangat berisiko kepada penggunanya,terutama kepada mereka mereka yang telah ketagih kepada penggunaan internet macam aku ni.
Anggapan internet adalah sangat berisiko pada hemat aku adalah salah kerana pada aku ianya adalah sangat bergantung kepada bagaimana kita menggunakan internet secara total.Jadi terpulang lah pada anda untuk memberikan persepsi yang bagaimana.
Ianya menjadi sangat berisiko sekiranya ianya di salah gunakan.Salah guna madsud aku ialah kemudahan yang ada tidak di gunakan dengan bijak walhal ianya mempunyai pro dan kon yang tersirat dan tersurat.
Pada aku penggunaan internet yang melampau ialah bila kita hanya gunakan hanya untuk berhibur semata mata tanpa menggunakan internet kearah yang boleh memajukan diri sendiri sedangkan peluang itu terbuka luas.
Isu yang cuba diutarakan aku ialah risiko internet adalah salah penggunaannya terutama oleh pengguna internet tidak mengira umur atau status.Ini disebabkan setiap orang ada matlamat kepenggunaannya yang tersendiri terhadap internet.
Segala macam bahan boleh diperolehi,cuma terpulang pada kita untuk ekses ke chennal yang mana samada untuk menonton yang berbaur lucah,hasutan,kebenaran,penghinaan,kutukkan dan segala macam lagi.Tepuk dada tanyalah iman masing masing.
Niat yang telus akan memberikan keputusan yang jelas,jadi sebagai pengguna internet terpulanglah pada niat masing masing.Kalau kita menggunaka laman sosial untuk sekadar mencari kawan tanpa kita sandarkan kehendak nafsu maka kawan sahaja lah yang kita dapat.Tetapi sekiranya kita dahulukan nafsu tanpa menggunakan akal di dalam laman sosial maka kawan yang malang lah yang kita perolehi.
Aku cuma menyuarakan pendapat tentang gejala sosial yang terjadi akibat dari pendedahan diri kita dalam laman sosial yang keterlalauan.Janganlah ada yang kata aku ini anti sosial pulak.Aku pun mempunyai ramai kawan kawan dalam laman sosial jugak.
Kita perlulah lebih bertanggungjawab dalam melayari internet terutamnya ibu bapa seharusnya memantau setiap kegiatan anak anak mereka dalam melayari internet.Bukan apa cuma takut takut mereka menjadika laman lucah sebagai laman kegemaran mereka.Maka makin ramai lah cucu yang tak berayah nanti…hahaha……
Kalau sekiranya kita menggunakan internet kearah kebaikan maka banyaklah munafaat yang kan kita perolehi.Dengan adanya internet tidak mustahil juga ramai anak muda malaysia yang telah dan akn mula menjana pendapatan dari internet.Pendak kata internet boleh menjadi mesin duit kepada kita.Cuma kita perlu berhati hati lah dalam kegigihan menjana pendapatan dari internet.Banyak juga skim skim berkaitan menjana duit dari internet.
So belajarlah dengan cara dan strategi yang betul dari mereka mereka yang pakar dalam menjana duit dari internet.Tidak mustahil sekiranya cara dan teknik yang betul akan menghasilkan pendapatan yang baik.Kajian yang teliti dan berhati hati dalam menjadikan internet sebagai mesin duti perlulah ambil kira sebelum memulakan sebarang aktiviti menambahkan pendapatan dari internet.
Janganlah sampai modal yang besar kita keluarkan tetapi habuk pun tidak ada.Kalau diambil kira untuk memulakan perniagaan internet hanya sedikit dan kecil saahaj modalnya.Mendapatkan ilmu seterusnya mengamalkan ilmu itu maka mestilah dapat hasilnya nanti dengan izin ALLAH.Janagn lah sampai kan nak beli buku atau ebook pun kita kata kan ianya sangat berisiko pulak disebabkan membeli dari internet.
Pada aku internet berisiko atau tidak adalah terletak pada tangan tangan dan akal kita yang waras dan sihat.So sama sama kita kurangkan risiko dan sama sama kita tingkatkan jati diri……..

January 11th, 2010 → 12:57 am @ admin
0