Mungkin ramai dah pergi menonton filem panas melayu 2009 ni kot..Aku berpeluang untuk p panggung wayang hari ni untuk menonton pisau cukur dengan berteman kat sebelah…
Diluar jangkaan aku juga la filem ni, aku ingat biasa biasa ja. Pada aku ada gak sedikit syok la dalam filem melayu yang maccam ni…tidak terlalu realiti dan tidak terlalu fantasi, masih diatas bumi yang nyata la pendek katanya.
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009.
Sinopsis dan sedikit trailer dan filem pisau cukur..Bagi yang bercadang nak p menonton di silakan sebab ada gak moral of story untuk dihayati dalam alam nyata kehidupan kita ni…Amik yang baik dan berguna dah la….

November 6th, 2009 → 10:47 pm @ admin
0