operatorblog adalah kehidupan dan hidupnya bloggers

Blogger membaca adalah blogger berjaya!

Blogger membaca adalah blogger berjaya ! Macam kempen ja bunyainya, tapi itu lah kenyataan yang perlu ada pada setiap dari kita bukan hanya mereka yang bergiat dalam bidang blogging sahaja.

Dengan membaca maka akan wujudnya suatu budaya,budaya itu ialah cintakan ilmu. Bukan hanya sekadar ilmu blogging sahaja tapi segala ilmu yang kita baca mesti tempias hasil dari pembacaan kita, kita akan dapat jua walaupun sedikit. Jadi pilih lah membaca untuk dijadikan budaya dan suatu pengembaraan baru buat minda kita.

Membaca akan membawa kita kepada suatu pengalaman baru dan dapat membentuk jati diri berterskan ilmu hasil dari pengamatan dan pembacaan kita. Kalau kita teliti ramai dari orang orang yang berjaya dan mereka mereka yang bergelar jutawan juga banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Dari pembacaan merekalah mereka mula membentuk jadi diri dan memulakan pengembaraan mereka kepada kejayaan yang lebih besar.

Dalam agama kita pun, junjungan Nabi Muhammad S.A.W buat pertama kali bertemu dengan Jibril A.S disuruhnya ‘BACALAH’.Ternyata tuntutan agama kita untuk membaca adalah bertujuan untuk menghilangkan kegelapan dalam kehidupan manusia dan seterusnya membina suatu kejayaan yang gilang gemilang. Tuntutan membaca dan mengkajilah telah menyerlahkan cendikiawan Islam dan mereka disanjung sehingga akhir zaman.

Budaya membaca dan diadaptasikan didalam penulisan blog bukan bertujuan untuk memcari  GLEMOR atau POPULAR tetapi ianya adalah untuk perkongsian ilmu dan wacana percambahan minda untuk dikongsikan bersama.Halatuju blogger juga akan menjadi lebih jelas bila budaya membaca dijadikan keutamaan dalam menjadikan blogging sebagai hobi yang sangat berfaedah dan tidak menjemukan.

Janganlah kita terlau berkira untuk membeli buku buku dan meluangkan masa untuk membaca. Sifat kedekut untuk mendapatkan ilmu semestinya akan menjumutkan pemikiran kita dan menggalakkan KEGAGALN yang berpanjangan. Kesempatan untuk mengetahui akan pengalaman dari orang lain juga terbantut, dan sanggupkah kita melalui pengalaman kegagalan orang lain dalam diri kita tanpa ada panduan dan pedoman yang berpanjangan.

Sekurang kurangnya kalau kita gagal sekali pun dapatlah kita belajar dari pengalaman orang lain dan membetulkan kegagalan kita dengan masa yang tidak dibazirkan begitu sahaja dengan kegagalan demi kegagalan. Kegagalan  memang merupakan suatu pengalaman yang berguna buat kita tetapi dalam dunia yang serba pantas ini adalah lebih baik kita kurangkan masa yang dibazirkan untuk gagal itu ditukarkan kepada kejayaan demi kejayaan.

Jom sama kita tanamkan budaya membaca agar dia segar bugar kat dalam diri kita ni dan kejayaan menjadi milik kita bersama…

Share/Save/Bookmark

October 27, 2009   3 Comments