Ada Apa Dengan Gambar dan Blogger
Blogger kadang kala adalah mereka yang berminat dengan dunia fotografi dan gambar gambar. Bukan semua blogger ada minat dengan fotografi sebab blogging dan fotografi adalah dua dunia yang berbeza.
Apa yang aku nak bincangkan dalam artikel ini ialah gambar yang ditangkap sendiri atau yang didownload oleh blogger boleh membawa polis trafik secara percuma dan kualitin ke blog atau wesite kita.
Gambar adalah tool yang baik untuk mendapatkan trafik bagi blog atau website. Website atau blog yang mempunyai gambar adalah lebih menarik berbanding blog atau website yang langsung tiada gambar.
Orang akan lebih mudah tertarik dan melekat dengan gambar dan grafik yang menarik dalam sesuatu blog atau website.
Tidak dinafikan juga sebab bukan semua blogger adalah jurukamera ataupun mempunyai kamera untuk menangkap gambar. Kalau kita tiada minat atau bakat dalam bidang fotogarifi, bolehlah download ja untuk mendapatkan gambar gambar tersebut.
Gambar gambar yang ditangkap bolehlah di masukkan dalam fotobucket,flickers dan banyak lagi tempat simpan gambar secara online. Kita juga boleh memilih untuk masukkan ketempat berbayar ataupun percuma. Disinilah kita boleh membawa trafik ke blog atau website kita, hasil dari gambar yang kita up loadkan.
Dengan gambar yang menarik, manalah tahu kalau kalau kita dapat menjual gambar gambar yang kita tangkap. Bukan kata trafik, duit pun boleh kita dapat dengan gambar gambar yang kita tangkap tu sekiranya ada yang berminat dengan gambar gambar tadi.
P/S:Sekiranya kita download gambar kepunyaan orang lain pastikan kita tidak salah di sisi undang undang.
January 9, 2010 No Comments
Blogger membaca adalah blogger berjaya!

Blogger membaca adalah blogger berjaya ! Macam kempen ja bunyainya, tapi itu lah kenyataan yang perlu ada pada setiap dari kita bukan hanya mereka yang bergiat dalam bidang blogging sahaja.
Dengan membaca maka akan wujudnya suatu budaya,budaya itu ialah cintakan ilmu. Bukan hanya sekadar ilmu blogging sahaja tapi segala ilmu yang kita baca mesti tempias hasil dari pembacaan kita, kita akan dapat jua walaupun sedikit. Jadi pilih lah membaca untuk dijadikan budaya dan suatu pengembaraan baru buat minda kita.
Membaca akan membawa kita kepada suatu pengalaman baru dan dapat membentuk jati diri berterskan ilmu hasil dari pengamatan dan pembacaan kita. Kalau kita teliti ramai dari orang orang yang berjaya dan mereka mereka yang bergelar jutawan juga banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca. Dari pembacaan merekalah mereka mula membentuk jadi diri dan memulakan pengembaraan mereka kepada kejayaan yang lebih besar.
Dalam agama kita pun, junjungan Nabi Muhammad S.A.W buat pertama kali bertemu dengan Jibril A.S disuruhnya ‘BACALAH’.Ternyata tuntutan agama kita untuk membaca adalah bertujuan untuk menghilangkan kegelapan dalam kehidupan manusia dan seterusnya membina suatu kejayaan yang gilang gemilang. Tuntutan membaca dan mengkajilah telah menyerlahkan cendikiawan Islam dan mereka disanjung sehingga akhir zaman.
Budaya membaca dan diadaptasikan didalam penulisan blog bukan bertujuan untuk memcari GLEMOR atau POPULAR tetapi ianya adalah untuk perkongsian ilmu dan wacana percambahan minda untuk dikongsikan bersama.Halatuju blogger juga akan menjadi lebih jelas bila budaya membaca dijadikan keutamaan dalam menjadikan blogging sebagai hobi yang sangat berfaedah dan tidak menjemukan.
Janganlah kita terlau berkira untuk membeli buku buku dan meluangkan masa untuk membaca. Sifat kedekut untuk mendapatkan ilmu semestinya akan menjumutkan pemikiran kita dan menggalakkan KEGAGALN yang berpanjangan. Kesempatan untuk mengetahui akan pengalaman dari orang lain juga terbantut, dan sanggupkah kita melalui pengalaman kegagalan orang lain dalam diri kita tanpa ada panduan dan pedoman yang berpanjangan.
Sekurang kurangnya kalau kita gagal sekali pun dapatlah kita belajar dari pengalaman orang lain dan membetulkan kegagalan kita dengan masa yang tidak dibazirkan begitu sahaja dengan kegagalan demi kegagalan. Kegagalan memang merupakan suatu pengalaman yang berguna buat kita tetapi dalam dunia yang serba pantas ini adalah lebih baik kita kurangkan masa yang dibazirkan untuk gagal itu ditukarkan kepada kejayaan demi kejayaan.
Jom sama kita tanamkan budaya membaca agar dia segar bugar kat dalam diri kita ni dan kejayaan menjadi milik kita bersama…
October 27, 2009 3 Comments

